Sabtu, 4 Mei 2013

Majoriti pengundi bakal pilih PR, singkir BN

 Oleh Noor Jaafar

UBAH! Ini Kalilah!

Itulah harapan yang tinggi menggunung kepada 13.3 juta pengundi di seluruh negara yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini (Ahad) bagi memilih Pakatan Rakyat (PR) yang terbukti lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 56 tahun dengan penuh kekejaman dan sanggup melakukan apa saja asalkan dapat kekal.

Pelbagai taktik jahat dan tipu helah mereka dilakukan pemimpin UMNO/BN terhadap parti lain, terutama PAS, DAP dan PKR selama memerintah negara sebab itu masih kekal hingga sekarang.

Bagaimanapun, kali ini nasib BN tidak lagi secerah dulu kerana rakyat sudah sedar dan bertekad untuk melakukan perubahan dengan mengundi PR yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR untuk mentadbir negara secara lebih baik, teratur, cemerlang, tidak rasuah, menyeleweng, salah guna kuasa dan mensaksamakan ekonomi rakyat.

Ini kalilah peluang terbaik bagi 13.3 juta pengundi di Malaysia untuk menjatuhkan BN yang sudah lama bermaharajalela dengan korup, salah guna kuasa, perkauman, menyeleweng, memperkayakan kroni, tidak telus, tidak adil dan tidak bersih.

Jika kerajaan BN tidak diubah (tukar) kali ini, pasti rakyat akan menyesal sepanjang hayat kerana banyak lagi penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan memperkayakan kroni akan dilakukan hingga menyebabkan hidup rakyat terus terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan.

Tidak ada sebab lagi bagi rakyat untuk terus memilih BN memerintah kerana terbukti parti itu selama 56 tahun gagal mentadbir negara dengan cemerlang seperti yang yang dilakukan PR yang memerintah empat negeri dengan begitu cemerlang walaupun dalam masa lima tahun.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga yakin kerajaan baru menggantikan BN akan terbentuk pada 6 Mei ini sebagaimana harapan kebanyakan rakyat untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan berlandaskan syariat Islam.

Puluhan ribu semalam di Muar beri sokongan kepada Pakatan Rakyat.


BN tidak boleh lagi diberikan mandat baru kerana pemimpin part itu gagal melaksanakan amanah yang diberi untuk memerintah sebaliknya melakukan perkara yang tidak menyenangkan rakyat.

Hanya PR yang dapat meringankan beban rakyat dengan janji akan menurunkan harga minyak dan harga kereta serta menghapuskan PTPTN dan tol.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi tekadnya untuk bersara daripada politik jika PR kali ini terus mengalami kekalahan dan gagal mentadbir Putrajaya.

Tekad itu mungkin kerana Anwar akan merasa amat kecewa kerana hasrat murni yang diperjuangkan selama ini seolah tidak dihargai rakyat sedangkan dia bekerja keras untuk meyakinkan rakyat walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah jahat UMNO/BN.

Rakyat tidak rugi kalau memberi peluang PR memerintah kerana yakin parti itu mampu mengotakan apa yang dijanjikan dalam Manfesto Harapan Rakyat.

Sekarang ini pelbagai dakyah dan fitnah dilemparkan BN untuk menghalang PR daripada diberi peluang memerintah negara yang terbukti mampu melakukan yang terbaik untuk rakyatnya seperti di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang ditadbir dengan begitu cemerlang, bersih, telus dan adil.

Bukti sudah terbentang di depan mata ketika PR mentadbir Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang mendapatkan pujian Jabatan Audit Negara berbanding prestasi buruk negeri yang diperintah BN.

Bagaimanapun, rakyat harus berwaspada dengan taktik jahat BN seperti mana yang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyatakan sebelum ini bahawa BN akan lakukan apa saja asalkan parti itu dapat kekal memerintah.

Sekarang ini BN dalam kempennya memainkan sentimen perkauman terhadap DAP juga dituduh parti caunivis Cina dan membangkitkan semula isu tragedi 13 Mei 1969 untuk menakutkan rakyat supaya tidak mengundi DAP, Cina tidak mengundi PAS dan India tidak mengundi PKR, DAP dan PAS.

Berilah peluang PR mentadbir Putrajaya bagi membolehkan PR membuktikan kemampuan mereka melakukan perubahan besar seperti yang dijanjikan.

Selama 56 tahun BN memerintah membuatkan demokrasi di Malaysia masih tidak normal, malah menjadikan pemerintah semakin sombong, autoritarian, rasuah berleluasa, kronisme, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan, pencabulan besar-besaran hak asasi manusia, merampas sumber semula jadi dan memusnahkan alam sekitar di negara ini.

Pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini bahawa calon BN Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, sudah cukup membuktikan pemimpin BN memperkayakan kroni mereka.

Bukan setakat Tajuddin, malah sebelum ini suami Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diberikan projek menternak lembu bernilai RM250 juta.

Rakyat boleh menilai sendiri slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, di mana rakyat hanya diberi `gula-gula’ menjelang PRU-13 iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya 8RM500 sedangkan kroni diberi habuan projek bernilai beratus juta ringgit.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai PAS dan turut membantu kempen membuktikan sokongannya untuk memberi peluang kepada PR memerintah negara.

Beliau juga yakin PR boleh menjadi kerajaan lebih baik berbanding BN yang diberi mandat sejak merdeka lagi.

“Biar PR pula ambil alih kerajaan di Malaysia kerana saya tahu mereka boleh lakukan yang lebih baik daripada UMNO yang memerintah hampir setengah abad tapi masalah kemiskinan masih ada,” katanya.
Cukuplah sampai di sini BN…Ubah! Ini Kalilah!-Roketkini.com

Tiada ulasan: