Jumaat, 3 Mei 2013

Keputusan PRU 13 (Pilihanraya Umum 2013) Milik Siapa? Barisan Nasional @ Pakatan Rakyat (SIRI 1)

Staff Berita Semasa
 
PRU 13 Anwar VS Najib

Pejam celik, pejam celik rakyat Malaysia dan negara bakal membuat penentuan ke arah mana halatuju Malaysia untuk tempoh 5 tahun daripada sekarang. Daripada tempoh rakyat Malaysia bermain teka-teki dengan pemerintah ala-ala Nujum Pak Belalang sebelum ini, bila agaknya tempoh pembubaran parlimen akan berlaku sehinggalah ke tarikh Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13).

Akhirnya semuanya telah terjawab. Dan sekarang…..tinggal kurang daripada 2 hari sahaja lagi untuk rakyat membuat penentuan & perhitungan samada terus ingin menjadi “raja” ataupun hanya rakyat Malaysia yang hanya menurut kuasa pihak pemerintah seterusnya selepas ini?

Dalam bahasa politik, tempoh kurang 2 hari adalah sangat…….lah panjang sebenarnya kerana macam-macam boleh berlaku. Daripada segi corak serangan kempen ataupun mood pengundi untuk Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) bila-bila masa sahaja boleh berubah arah dan pendirian mereka.

Keputusan PRU 13 : Manifesto Pakatan Rakyat VS Manifesto Barisan Nasional?

Buat pertama kali kami mlihat kedua-dua parti politik baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional berada pada kedudukan “on par” sama kuat sama hebat. Kalau dahulu Pilihanraya Umum 2008 (PRU12) Barisan Nasional lebih agresif dengan berbanding Pakatan Rakyat. Manifesto Pakatan Rakyat pada masa itu pun carca merba. Kalau ikutkan sbeenarnya kupasan perbincangan mengenai manifesto PRU masih baru di Malaysia ini kerana :
  • Manifesto Pilihanraya Umum 1999 : Parti pembangkang bergabung untuk memberikan tekanan kepada pihak pemerintah
  • Manifesto Pilihanraya umum 2004 : Parti pembangkang buat hal masing-masing dengan harapan hanya mahu mengurangkan majoriti yang dimilki Barisan Nasional
  • Manifesto Pilihanraya Umum 2008 : Idea pembentangan manifesto Barisan Rakyat pembangkang masih belum mampu meyakinkan rakyat Malaysia dengan pelan untuk mentadbir negara
Tetapi tidak untuk Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) kali ini. Di mana Pakatan Rakyat pula yang dilihat lebih agresif berbanding Barisan Nasional semacam defensif. Ini kerana gabungan parti pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat telah mula melancarkan manifesto dan pelan perancangan untuk negara bagi 5 tahun seterusnya lebih awal berbanding Barisan Nasional.
“oleh itu mereka mempunyai lebih banyak peluang, ruang dan masa untuk turun menerangkan kepada rakyat Malaysia walaupun dengan batasan perkongsian maklumat di media arus perdana”
Dalam pada masa yang sama, tiada masalah sebenarnya untuk media arus perdana untuk berat sebelah kepada pihak pembangkang tetapi apa yang kami perhatikan media arus perdana seperti ___________ & __________ acapkali membuat fitnah dan tohmahan yang merosakkan pemikiran rakyat Malaysia. Akhirnya carian maklumat berita politik di Malaysia lebih banyak tertumpu di Internet sekarang ini. Lebih ramai yang “berkampung” di Internet untuk mencari maklumat berkenaan isu semasa.
“Terutamanya melibatkan golongan muda”
Nah….inilah yang membantu momentum kempen penerangan manifesto Pakatan Rakyat yang diterangkan secara teliti satu persatu. Ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh pasukan UMCEDEL yang diketuai sendiri oleh Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman seperti angka dan kajian yang diperolehi mereka setakat ini….

Manifesto BN VS PR

Kajian UMCEDEL Jelajah Merdeka Rakyat (PR) VS Jelajah Janji Ditepati (BN)

Dan yang menarik perhatian kami, kajian yang dilakukan UMCEDEL juga melalui perbezaan Jelajah Merdeka Rakyat VS jelajah Janji Ditepati kedua-dua yang dilihat sama hebat, sama kuat daripada segi sokongan yang ditunjukkan di media arus perdana dan di Youtube contohnya, ramai yang datang menghadirinya. Hakikatnya :

Jelajah Janji Ditepati
  • Jelajah Janji Ditepati : Ramai yang merungut contohnya kalangan guru-guru dan penjawat awam yang lain dikerah & dikehendaki hadir ke majlis tersebut. Memang ramai yang hadir, tetapi tidak semestinya mereka-mereka menghayati apa yang cuba disampaikan oleh Datuk Seri Najib  Razak kepada mereka. Ya…”jasad mereka memang di sana, tetapi hatidan pemikiran mereka menerawang ke tempat lain“.
  • Jelajah Merdeka Rakyat : Kalangan yang hadir walaupun tidak disediakan topi, baju, makanan, minuman, kerusi, khemah dan tempat yang selesa tetap hadir tanpa paksaan atau diminta hadir utnuk mendegar apa yang cuba disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelajah Merdeka Rakyat

Satu lagi sebelum kami terlupa, perkongsian cerita Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman yang menarik perhatian kami apabila kehadirannya bagi membuat tinjauan dalam satu majlis besar ceramah Pakatan Rakyat di Padang Kota, Pulau Pinang :
  • Jumlah kehadiran yang hadir Grand Finale satu hari sebelum hari mengundi pada pilihanraya Umum ke 12 (2008) sama ramai dengan
  • Jumlah kehadiran yang hadir dalam satu ceramah Pakatan Rakyat kali ini, juga di Padang Kota iaitu satu hari sebelum hari Penamaan Calon Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13)

Keputusan PRU 13 : Isu Video Seks?

Malangnya di Malaysia ada lagi yang menggunakan video seks untuk mempengaruhi mood dan corak pengundian pada Pilihanraya Umum 2013 sedangkan dalam kajian sudah mengatakan rakyat Malaysia kurang terpengaruh dengan dakyah penyebaran video seks dan lucah yang bertebaran sekarang ini. Hakikatnya, berapa ramai yang terpengaruh?
  • Hanya 11% yang terpengaruh?
  • Jikalau dalam perniagaan 11% peratus sahaja angka yang berjaya dicatatkan, ia boleh dikatakan “gagal” jika corak strategi pemasaran sebegini diteruskan dalam perniagaan (kempen pilihanraya)
Video Seks Pilihanraya

Keputusan PRU 13 : Debat Manifesto Pilihanraya 2013?

Seterusnya, mengapa pemimpin politik tidak menggunakan politik dan ruang yang ada berdasarkan kajian yang telah dijalankan untuk memenuhi kehendak pelanggan anda iaitu rakyat Malaysia seperti kami di sini? Mengapa sukar benar menjadikannya suatu realiti?
  • Apa yang mereka inginkan? Mereka bukannya mahu video seks, mereka mahukan diadakan wacana  yang bebas dan segar untuk mengupas satu demi satu manifesto baik dari peringkat Barisan Nasional & manifesto Pakatan Rakyat
  • 63% ingin diadakan debat manifesto PRU13? Mana satu yang patut diutamakan pemimpin politik di Malaysia sekarang ini?
Di Singapura, sudah pun membenarkan parti politik membentangkan manifesto masing-masing. Di Singapura juga sudah pun membenarkan debat antara parti politik yang bertanding. Di Kenya pun sebuah negara yang ramai fikir sebuah negara yang mundur telah membenarkan debat pilihanraya dijalankan yang mana terdapat 9 calon Presiden yang bertanding ketika itu.
  • Malaysia?
  • Pembentangan manifesto Pilihanraya Umum 2013 selama hanya 5 minit melalui itu secara rakaman di RTM (SEPERTI DI SINI). Mengarut namanya! Alhamdulillah, menteri seperti ini tidak dicalonkan. Sudah habis zaman pemikiran sepertinya, setakat ini sahaja.
  • Berita Semasa merasakan dan mencadangan masih belum terlambat lagi untuk diadakan Debat Manifesto PRU13. Belum terlmbat lagi……Dan, bukan jaminan yang pandai berpidato akan menang, ataupun soft spoken akan kalah. Tetapi bergantung bagaimana cara pendebat membentangkan & menarangkan isi setiap manifesto di hadapan rakyat Malaysia itu yang paling penting sebenarnya dan berikan ruang kepada rakyat Malaysia untuk berfikir dan menilai
  • Jangan lakukan lagi cara berkempen “baling batu sembunyi tangan lagi” dan usaha demokrasi seperti ini perlu disuburkan.
  • Jikalau masih belum menjadi realiti, jangan salahkan rakyat Malaysia jika mereka mahu melihat demokrasi yang lebih subur untuk 5 tahun yang akan datang melalui corak undian mereka dalam PRU 13 kali ini.
Debat Manisfesto PRU13

Sebenarnya, berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh UMCEDEL kedua-dua parti masih lagi tidak mencapai tahap yang membanggakan di mana masih belum mampu melepasi paras selamat 50% hanya berlegar di angka 30% dan 40% sahaja di mana pengundi atas pagar yang bakal menjadi penentu dalam pilihanraya Umum 2012 (PRU 13) kelak. Samada Pakatan Rakyat @ barisan Nasional. Dan dalam pada masa yang sama faktor cuaca pada hari mengundi kelak menjadi penentu!
“Tiada parti politik yang boleh mendabik dada yang mereka akan menang kerana masih ramai lagi golongan atas pagar di luar sana untuk didekati parti politik sekarang ini”
Cuma kali Barisan nasional tidak dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada pada mereka sebelum ini seperti mana yang telah mereka praktikkan dalam Pilihanraya Umum 2004 di aman mereka berjaya mencatatkan kejayaan besar hasil strategi persempadanan semula. Itu sebablah kami katakan pada Pilihanraya Umum ke 13 ini kedua-dua parti sama hebat sama kuat. Masing-masing ada peluang untuk menang.

Dan inilah antara faktor mengapa ramai pemerhati politik dari dalam & luar negara termasuk rakyat Malaysia cukup memandang serius setiap apa yang dalam perjalanan pikihnaraya Umum ke 13 kali ini dan buat pertama kali tidak ramai yang dapat memberikan jawatan yang cukup meyakinkan untuk membuat penentian siapa yang akan menang kali ini, samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?

Tiada ulasan: