Ahad, 26 Mei 2013

KEADILAN sasar 100,000 laporan polis tentang penipuan pilihan raya

Oleh: Masdar Wahid

PETALING JAYA : KEADILAN mensasarkan 100,000 laporan polis berhubung penipuan pilihan raya di seluruh negara yang akan dilakukan anggota parti di setiap cabang bermula esok, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

KONGRES_LOGO

“Laporan ini penting bagi membantu Pengarah Strategi parti, Mohd Rafizi Ramli yang akan membuat petisyen pilihan raya dalam masa terdekat,” katanya disambut laungan oleh perwakilan yang hadir di Kongres Nasional KEADILAN ke 9 hari ini.

Saifuddin turut mengisytiharkan menolak rekonsilasi yang diumum Datuk Seri Najib Razak kerana disifatkan tidak ikhlas dan tertekan dengan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Di kala kamu menghulur tangan konon untuk rekonsilasi, pada masa sama kamu mengeluarkan kenyataan perkauman sempit, kamu kata rekonsilasi tapi meluaskan tangkapan dan pendakwaan terpilih.

“Rekonsilasi tidak boleh dilaksana dalam keadaan masih wujud kecurangan sistem pilihanaraya secara berleluasa,” tegasnya.

Mengenai ugutan Datuk Idris Jusoh mahu menyaman KEADILAN kerana membongkar penipuan pilihan raya dalam Parlimen Besut, parti  itu katanya bersedia berdepan pemimpin Umno itu di mahkamah.

“Ada dalam milikan kita laporan polis oleh pegawai SPR bahawa kertas undi diambil oleh Calon Umno. See You In Court,” katanya.

Tiada ulasan: