Laporan itu dibuat presiden badan bukan kerajaan itu Amir Amsaa Alla Pitchay di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.
"Kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh ini menunjukkan keangkuhan dan cuba merosakkan sistem perlembagaan negara yang diamalkan serta diterima oleh rakyat sejak Dewan Negara diwujudkan selama ini.
"Kenyataan beliau juga seolah-olah mencabar dan merendahkan dengan memperlekehkan martabat Tan Sri Abu Zahar Ujang selaku Yang Dipertua Dewan Negara dan boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan segera berhubungan kenyataan itu.
Karpal Singh baru-baru ini mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana menurutnya kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh serta hanya membazir. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan