Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu akan diambil memandangkan Syabas tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk menguruskan air di negeri ini.
“Kalau Syabas atau Kerajaan Persekutuan tidak cukup duit, Kerajaan Negeri sanggup keluar belanja untuk selesaikan isu ini tidak ada masalah tapi kalau esok dia tidak bayar balik hutang itu, saya tidak akan bagi orang Putrajaya dan Kuala Lumpur minum air kerana duit ini rakyat Selangor minta maaflah kena selesaikan hutang dulu,” katanya ketika berucap selepas menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas di Dewan MBSA Kampung Paya Jaras.
Beliau berkata, Selangor juga tidak patut alami krisis air kerana jumlah hujan sepanjang tahun mencukupi untuk bekalan air seluruh Selangor.
“Selangor mana boleh tidak cukup air, sudahlah kata air tidak cukup, orang yang kata air tidak cukup itu sebenarnya tidak buat kerja dan kita hendak beritahu Kerajaan Pusat kalau hendak baik pun dengan orang berniaga, janganlah baik sehingga rakyat menderita sudahlah rakyat kena kerja kuat, kalau gaji banyakpun kena bayar cukai lagi kemudian air nak dinaikkan pula,” katanya.
“Cara yang boleh Kerajaan Negeri buat ialah memastikan harga air tidak akan naik, kalau bagi Syabas uruskan akan datang boleh naik sampai 75 peratus, rakyat mesti pilih tidak mahu harga air naik, sebab itu kita buat keputusan untuk ambil alih pengurusan air,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan