Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata cadangan itu susulan maklum balas daripada kumpulan pelaksana yang tidak bersetuju pengeluaran caruman KWSP hanya pada umur 60 tahun.
"Kita perlu melihat tiga kategori pekerja iaitu berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Biasanya pekerja berpendapatan sederhana dan rendah amat memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang dan pinjaman sebelum bersara. Ada yang menggunakan wang persaraan untuk pendidikan anak-anak," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sehubungan itu katanya isu tersebut mesti diteliti terlebih dahulu sebelum dilaksana.
Isu pengeluaran KWSP pada usia 60 tahun itu timbul susulan pembentangan Rang Undang-undang Persaraan Minimum 2012 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada bulan lepas, yang menetapkan umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun, berkuat kuasa Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam dilapor berkata kerajaan belum membuat keputusan berhubung had umur pengeluaran caruman KWSP.
Pada ketika ini caruman KWSP boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 55 tahun. - Bernama
5 ulasan:
ya.. pekerja seharusnya diberi pilihan untuk mengeluarkan wang simpanan mereka pada usia 55 atau 60 tahun.. itu hak pekerja.
Saya sokong diberikan pilihan untuk mengeluarkan KWSP tersebut. pada umur 55tahun ataupun 60 tahun.
Mungkin ada yang tidak sanggup sudah tunggu 5tahun jadi biarkan mereka mengeluarkan simpanan mereka.
KWSP perlu memberi pilihan kepada pencarum2 untuk memilih 55 atau 60 tahun.
Lebih flexible lebih disukai
Catat Ulasan