Walaupun cita-cita dan hasrat murni
kerajaan Kelantan untuk membina lebuh raya di antara Kota Bharu - Kuala
Krai (LRRK) sepanjang 73 km diejek dan dipersendakan oleh pihak tertentu
namun rakyat Kelantan serta mereka yang bersimpati dengan kerajaan
pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menghulurkan derma untuk
pembinaan lebuh raya berkenaan. Ejekan dan sendaan itu dianggap sebagai
cabaran.
Husam pelaksana idea Tok Guru. |
Sebelum ini ada sepuak 'jebong' telah
menyerahkan sumbangan mereka berupa cangkuk bodoh, siku gelebek dan
kereta sorong tiga suku, di mana pemberian itu dilambakkan di hadapan
pintu utama ke Kota Darulnaim.
Kejayaan itu tidak syak lagi
menjelaskan rakyat Kelantan yang dipermain-mainkan oleh kerajaan pusat
untk memiliki sebuah lebih raya selama 25 tahun, serius dan menyambut
baik idea kerajaan Kelantan mengambil keputusan membina sendiri lebuh
raya berkenaan.
Exco Kanan kerajaan Kelantan Husam
Musa menjelaskan, untuk tujuan itu (punggut derma) kerajaan Kelantan
akan mengadakan dana khas menerusi perbendaharaan kerajaan negeri dan
akan membuka tabung khas untuk menerima derma di bawah tabung amanah.
Pada 7 Julai ini jelas Husam para
artis yang menyertai Pas akan ikut sama berkempen memberi penjelasan
kepentingan lebuh raya dan kempen untuk mendapat derma dari orang ramai.
Manakala kerajaan Kelantan pula akan mengadakan majlis khas pada
Ramadhan ini di Kuala Lumpur untuk menerima derma dari orang ramai.
Mendengar rancangan artis untuk
berkempen menggut derma untuk LRRK itu ia sungguh mengharukan dan
sekaligus menempelak golongan 'jebong' yang mempersenda-sendakan projek
berkenaan.
Dalam pada itu di sini sukacita saya
umumkan sumbangan derma dari ahli kelab Fb dan penjengok blog saya akan
diserahkan pada majlis tersebut nanti, insyaAllah. Dalam pada itu
sambutan dan komitmen ahli kelab dan penjenguk blog Merah Tinta untuk
menyumbangkan derma seikhlas hati menggalakan dan sumbangan terus
dialu-alukan.
Saya sekali lagi saya ucapkan terima
kasih tidak terhingga di atas sumbangan ikhlas anda semua dan sudah
pasti ia akan menjadi sedekah jeriah kita semua untuk melihat
tebentangnya sebuah lebuh rayta rakyat (LLRT). Dengan kudrat dan idarat
kita sama-sama kita tunjukkan bahawa kita mampu melakukan sesuatu yang
tidak terfikir oleh orang-orang yang sombong dan bongkok serta suka
menganiaya orang.
Seharusnya pembinaan LRRK itu terus
mendapat dokongan dan sokongan semua pihak termasuk kalangan pimpinan
Pas Kelantan baik yang memegang jawatan atau tidak. Sepatutnya semua
pihak turut menganjurkan punggutan derma masing-masing demi menjaya
lebuh raya berkenaan dan bukannya cuba mengecerkan perkara-perkara
negatif mengenai LRRK itu.
Kejayaan membina lebuh raya itu
sekali lagi akan mengesahkan rakyat Kelantan memang berani, bersemangat
dan tidak mudah mengalah. Kejayaan dan keberertian hidup seseorang itu
ialah apabila ia mati dalam pejuang, dalam konteks ini mati ketika
membawa derma untuk tabung LRRK adalah boleh dianggap mati syahid.
Dalam perkembangan lain Husam turut
menjelaskan disebalik kerajaan Pusat menafikan royalti minyak untuk
Kelantan yang boleh digunakan untuk membangun prasarana di Kelantan
termasuk lebuh raya, Kelantan kini dikurniakan sumber baru iaitu biji
besi.
Buat masa ini sebanyak 40,000 tan
metrik biji besi sehari di eksport ke China menerusi pelabuhan Tok Bali
Bachok Kelantan dan pendapatan itu akan menjadi modal pembinaan LRRK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan