Oleh zaminc
MEDIA mulai mencari siapakah orang PAS yang layak jadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi PRU13 nanti?
Media menjawab sendiri, ‘Tidak ada. Sekadar jadi menteri adalah!’
Tetapi dalam UMNO ramai. Nasib saja
menentukan merasa atau tidak. Tun Dr.Ismail tidak merasa. Ghafar Baba
juga sama. Musa Hitam dipercayai tidak merasa. Anwar dihalang.
Kalau tiada Najib, ada Muhyiddin.
Kemudian Wak Zahid Hamidi, Syafie Apdal, Awang Adek, Abd. Ghani Othman,
Noh Omar, Isa Samad, semuanya boleh.
Tetapi dari PAS, siapa?
Orang PAS yang layak itu tetapi media
tidak nampak. Perdana Menteri itu bukan keutamaan bagi PAS pada masa
ini walaupun pengundi hendak mengetahui calonnya supaya mereka untuk
membuat pilihan.
Keutamaan PAS pada masa ini ialah
menggantikan kerajaan yang rasuah dengan kerajaan yang adil dan telus.
Menggantikan UMNO dengan PAS adalah lebih aula.
Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk
menjadi pendakwah dulu jika ada orang lain yang boleh menjalankan tugas
Perdana Menteri itu dengan baik.
Apakah beliau tidak layak? Tok Guru Nik
Abdul Aziz tidak mahu jadi calon Menteri Besar 25 tahun dulu. Berilah
kepada orang kalau Kelantan dapat dikuasai semula.
Semua orang kata beliau tidak layak.
Bila beliau jadi Menteri Besar, semuanya menyangka beliau paling lama
tahan tiga bulan saja. Tetapi beliau sudah berada di situ lebih 20
tahun.
Tiada lagi yang kata, dia tidak layak.
Bahkan ramai orang Cina dan India terasa, kalau beliau jadi Perdana
Menteri, dia jadi lebih baik dari Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir itu nampaknya pintar,
tetapi amanah jauhlah Tok Guru Nik Aziz lebih baik. Syarat jadi Perdana
Menteri itu bukan sekadar pintar, tetapi benar dan amanah adalah
lebih penting.
Islam menentukan sifat terbaik untuk
menjadi pemimpin ialah yang dimiliki oleh para nabi iaitu benar
(siddiq), amanah, tabligh iaitu menyampaikan dan terakhirnya fatanah
iaitu kelulusan atau kebijaksanaan.
Pintar tetapi penyangak, tentunya tidak
amanah. Dia rasuah, utamakan kroni, mengutamakan keluarga dan diri
sendiri. Kebanyakan yang dikatakan layak jadi PM dalam UMNO itu adalah
yang seperti ini.
Kalau Mahathir dan Najib itu pintar,
jangan sangka Tok Guru Nik Aziz tidak pintar. Mahathir pernah jadi bapa
angkat UMNO Gua Musang. Dia tidak dapat ambil Kelantan, bahkan
pengaruh Ku Li di Gua Musang itu pun tidak dapat rampas.
Bahkan ada yang melihat wajar dan watak
Menteri Besar Kelantan menyamai wajah dan kehebatan Ho Chin Minh,
Presiden pertama dan bapa kemerdekaan Vietnam. Kalau sudah sama dengan
Uncle Ho, sudah bertaraf dunialah
Jangan rendahkan kepintaran Ustaz Azizan
Razak yang memimpin Kedah, negeri terbangsat di Malaysia kerana tiada
hasil mahsul. Laporan Ketua Audit Negara memuji pentadbiran dan kawalan
kewangannya. Dia tidak menambah hutang negeri, bahkan mengurangkan
hutang.
Dari laporan audit itu kewalan kewangan
pusat juah leceh dibandingkan dengan Kelantan dan Kedah. Kalau Tok
Guru dan Ustaz Azizan telah membuktikan kepuyaannya, apa pula
kurangnya Ustaz Hadi dan lain-lain pemimpin PAS.
Kalau Saifuddin Abdullah dirasakan boleh
jadi Perdana Menteri yang baik masa depan, tetapi dia kira tidak
sehebat Salahuddin Ayub dalam debat baru-baru ini. Kalau Saifuddin
dikira layak, masakan Salahuddin tidak layak.
Mustafa Ali, Khalid Samad dan Dr.
Mujahid Yusof belum disenaraikan lagi. Belum tentu Mustapa Mohamad,
Hishammuddin Husein dan Ismail Sabri lebih handal dari mereka.
Profesional yang bersama PAS sekarang
mungkin lebih ramai dari yang bersama UMNO. Jika PAS dapat menggantikan
UMNO nescaya ramailah muncul orang yang layak dicalonkan sebagai PM.
Keutamaan pada masa ini ialah PAS tidak
mahu berbalah tentang siapa hendak jadi Perdana Menteri. Kalau berbalah
tentang siapa jadi PM, nanti BN tidak dapat ditumbangkan dan UMNO
tidak dapat digantikan.
Kalahkan UMNO dulu. Lepas itu barulah
bincang tentang Perdana Menteri. Jika pimpinan Tok Guru sebagai Menteri
Besar diiktiraf semua, yang lebih baik dari Abdullah Badawi dan
Muhyiddin Yassin pun ramai. Jika PAS menang, yang cerdik dalam UMNO itu
pun habis menyokong PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan