Sekumpulan
pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak
memecahkan pintu pagar sebuah rumah yang dikatakan ada kegiatan
maksiat, sedangkan tidak ada apa yang berlaku di rumah
tersebut.Kejadian itu berlaku di Pandan Terrace Apartment, pada sekitar
2.30 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang bersahur.
“Pada
mulanya saya ingatkan ada orang cuba pecah rumah saya, dan bila saya
buka pintu, kelihatan hampir sepuluh orang di hadapan pintu rumah saya.
“Salah
seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa mereka, dan yang lain
bertindak menggunakan tukul untuk memecah masuk rumah saya.
“Pegawai itu kemudian memberi amaran untuk bekerjasama atau kekasaran akan dilakukan.
“Mereka mengatakan mereka mendapat aduan bahawa ada kejadian maksiat di rumah saya, padahal tidak ada pun,” kata mangsa yang dikenali sebagai Razman, berusia sekitar 20an.
“Mereka mengatakan mereka mendapat aduan bahawa ada kejadian maksiat di rumah saya, padahal tidak ada pun,” kata mangsa yang dikenali sebagai Razman, berusia sekitar 20an.
Mangsa
kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Perdana atas
tindakan kasar dan biadap pegawai-pegawai JAIS tersebut.
“Mereka langsung tidak memohon maaf atas kesilapan mereka, bahkan mereka mengherdik kami kerana enggan bekerjasama.
“Sepatutnya
mereka selaku pegawai jabatan agama Islam, harus bertindak dengan cara
baik, menunjukkan waran geledah dan bukannya bertindak memecahkan
rumah orang begitu sahaja,” kata Razman.
Menurut
Razman, polis yang beliau temui memberi jaminan akan melakukan siasatan
terperinci tentang kejadian ini memandangkan bukan pertama kali
kejadian seumpama ini berlaku.
“Kami
bimbang sekiranya JAIS tidak memantau orang bawahan mereka, takut
mereka ini menggunakan kad kuasa mereka untuk memecah masuk rumah
orang, kemudian mungkin merompak.
“Kita harap JAIS akan lebih peka dengan pegawai mereka,” kata Razman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan