Shahbudin Husin
Beberapa
hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya
menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik kerana apa yang berlaku
di Sabah itu bukan saja memberi kesan kepada politik negeri bawah bayu
itu sahaja tetapi juga kepada perkembangan di Malaysia seluruhnya.
Ahli
Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing secara tiba-tiba mengumumkan
perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran dan dijangka akan
mengumumkan masa depan politiknya pada Ahad ini.
Tetapi ramai pemerhati meramalkan beliau akan keluar dari UPKO dan seterusnya mengisytiharkan dirinya menyokong Pakatan Rakyat. Di masa yang sama, timbul juga desas-desus sebuah parti baru yang dikenali Barisan Pembaharuan Sabah sedang dalam proses penubuhan dan dijangka diumumkan secara rasmi di di Dalit, Tuaran Ahad ini.
Di masa yang sama, Anwar Ibrahim juga dikhabarkan akan menghadiri satu perhimpunan rakyat di Tuaran, juga Ahad ini.
Berlakunya
tiga peristiwa Ahad ini di Tuaran iaitu Wilfred akan mengumumkan masa
depan politiknya, desas-desus penubuhan parti baru dan kehadiran Anwar
dalam satu perhimpunan khas, tentunya bukan suatu kebetulan atau
suratan takdir semata-mata.
Ia adalah
perancangan untuk mencetuskan tsunami politik di Sabah dan seterusnya
membawa perubahan kepada kedudukan UMNO, BN serta Najib.
Dalam pada
itu, di hari yang sama Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya
sebagai Pengerusi BN Tuaran minggu lalu, seorang lagi pemimpin UMNO
Sabah iaitu Lajim Ukim, seorang timbalan menteri kerajaan pusat dan
ahli MT UMNO pula mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik
Aziz Nik Mat di Kota Bharu.
Lajim
sebelum ini telah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan
dan sudah mengumumkan tidak lagi mahu mempertahankan jawatan Ketua UMNO
Beaufort yang disandangnya. Sebagaimana Wilfred, Lajim juga sudah
dikaitkan dengan Pakatan Rakyat sejak sekian lama dan mempunyai
hubungan yang dingin dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Dari segi politiknya, pertemuan seorang timbalan menteri dan ahli MT UMNO dengan Nik Aziz itu pastinya memberi pelbagai makna dan persepsi. Ia bukanlah pertemuan kerana ada program kementerian atau kebetulan ada lawatan rasmi ke Kelantan. Lajim menemui Nik Aziz semata-mata atas kapasiti peribadinya yang ingin berbual dan bertukar-tukar pandangan dengan Mursyidul Am Pas itu.
Dari segi politiknya, pertemuan seorang timbalan menteri dan ahli MT UMNO dengan Nik Aziz itu pastinya memberi pelbagai makna dan persepsi. Ia bukanlah pertemuan kerana ada program kementerian atau kebetulan ada lawatan rasmi ke Kelantan. Lajim menemui Nik Aziz semata-mata atas kapasiti peribadinya yang ingin berbual dan bertukar-tukar pandangan dengan Mursyidul Am Pas itu.
Di Kuala
Lumpur dan Kota Kinabalu pula, angin makin kuat bertiup mengatakan
bahawa kedua-dua pemimpn itu akan meninggalkan BN dan menyokong PR
dalam piliharaya akan datang. Jika Wilfred dikaitkan dengan parti baru,
Lajim dikhabarkan kemungkinan akan menyertai Pas atau PKR.
Jika
penghijrahan kedua-dua pemimpin itu menjadi nyata, ia tentunya boleh
mencetuskan tsunami yang bukan saja boleh merubah senario politik Sabah
tetapi juga Malaysia kerana berdasarkan pilihanraya lalu, kemenangan
BN banyak disumbangkan oleh jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak.
Kebiasaannya
selepas dua pemimpin ini mengumumkan menyertai PR, ia akan disusuli
pula pemimpin lain dari pelbagai peringkat pula. Jika ini berlaku,
perubahan memang sukar ditahan lagi.
Senario di
Sabah yang mahu kepada perubahan juga berikutan limpahan maklumat yang
diterima oleh rakyat negeri itu. Bersandarkan senario semasa itu,
Pengarah UiTM Sabah, Arnold Puyok meramalkan BN Sabah akan tewas lebih
daripada 60 peratus kerusi Parlimennya atau sekurang-kurangnya 14 dari
22 kerusi.
Ini bermakna kedudukan Sabah sebagai deposit tetap bagi BN akan berubah. Sejarah politik Sabah memang sudah beberapa kali mengalami perubahan daripada USNO, Berjaya, PBS dan kini UMNO.
Ini bermakna kedudukan Sabah sebagai deposit tetap bagi BN akan berubah. Sejarah politik Sabah memang sudah beberapa kali mengalami perubahan daripada USNO, Berjaya, PBS dan kini UMNO.
Atas dasar itu, perubahan
kepada PR pula bukanlah sesuatu yang mustahil. Cumanya jika selama ini
hanya perubahan peringkat negeri, kali ini ia membabitkan Pusat juga.
UMMO
sendiri menyedari hakikat itu. Sebab itu, sebaik tersebarnya berita
Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya dan mungkin beralih arah,
begitu juga dengan Lajim, segera kedengaran bahawa Muhyiddin Yassin akan
melakukan lawatan politik ke Sabah Sabtu ini.
Selain
meninjau perkembangan semasa politik di negeri itu, tidak mustahil
Muhyiddin akan mencari masa berusaha menemui kedua-dua pemimpin itu
bagi memujuknya supaya membatalkan segala hasrat untuk bertalak kasih
dengan BN itu. Mungkin pelbagai tawaran dan janji akan dilimpahkan
supaya kedua mereka terus kekal bersama BN.
UMNO
tentunya menyedari kehilangan 7 hingga 10 kerusi sahaja di Sabah sudah
merupakan ancaman besar baginya. Lebih-lebih lagi jika perubahan di
Sabah itu turut pula menjangkit ke Sarawak yang turut menyebabkan BN
hilang beberapa kerusi lagi di negeri pimpinan Taib Mahmud itu.
Kerana itu
kebarangkalian timbulnya elemen yang boleh mencetuskan tsunami di
Sabah akan cuba dihalang sedaya upaya sebab kemenangan di Sabah dan
Sarawaklah talian hayat terakhir bagi BN untuk mempertahankan kuasa.
Jika
Wilfred dan Lajim dapat dipujuk, tsunami politik di Sabah mungkin dapat
dikurangkan kesannya dan harapan BN untuk terus berkuasa masih ada.
Cumanya, adakah masih laku segala pujuk rayu disisi Wilfred dan Lajim yang sudah dikira veteran dalam politik Sabah itu?
Penulis
pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun
80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada
tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan
Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan
2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian
Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik
bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan
Najib.Beliau memiliki laman blog di
shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan