Selasa, 10 Julai 2012

Nizar: Umno, Utusan hina sultan

 
Utusan Malaysia, TV3 disaman masing-masing RM50 juta. 




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin merangkap Adun Pasir Panjang hari ini menuduh Umno dan Utusan Malaysia sebagai pihak yang menghina Sultan Johor.

“Umno Utusan yang menghina Sultan Johor. Kita hanya beri pandangan martabatkan institusi sultan,” kata Nizar yang juga merupakan bekas Menteri Besar Perak ketika memfailkan saman RM50juta masing-masing terhadap stesyen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau turut mewajarkan tuntutan saman tersebut.

“Saya tidak pernah saman mereka walaupun bermacam – macam laporan semasa saya jadi Menteri Besar. Kali ini ia melampau batas dan berunsur fitnah,” kata Nizar.

Dalam saman tersebut Nizar turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah injunksi terhadap TV3 dan Utusan agar tidak mengulang kenyataan atau memberi persepsi bahawa beliau telah menghina sultan.

Beliau turut menuntut agar TV3 dan Utusan memohon maaf kepada semua pihak yang akan ditentukan oleh pihaknya.

Dakwa Kosmo juga hina Sultan


Saman tersebut difailkan berikutan laporan kedua-dua media pada 30 dan 31 Jun yang menggambarkan seolah – olah Nizar menuduh sultan Johor menyalahgunakan wang rakyat dalam isu nombor pendaftaran kereta WWW1 yang dibida dan dimenangi oleh sultan Johor dengan harga RM520,000.




Ia difailkan oleh pasukan peguam yang diketuai Fitri Asmuni di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pagi ini.

Selain Fitri, peguam Nizar yang lain adalah Asmuni Awi, Ariff Azami Hussein, Ahmad Zamri dan Zamri Ibrahim dari syarikat guaman Awi & Co.

Nizar turut mencadangkan agar keluarga diraja atau pertubuhan bukan kerajaan Melayu memfailkan saman terhadap akhbar Kosmo yang telah menghina sultan selama satu setengah bulan


Tiada ulasan: