Sabtu, 14 Julai 2012

Menteri Besar ‘Memperolok-olokkan’ Penduduk Kampung Ladang

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar mendakwa bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar masa kini, Dato’ Seri Ahmad Said, memperolok-olokkan penduduk Kampung Ladang.

Menurutnya, rakyat tidak lupa dengan kedua-dua pemimpin Umno itu yang berjanji, kadar sewa yang dikenakan kepada penduduk Flet Ladang Gemilang adalah sebanyak RM126 dan sewaan tersebut akan menjadi sebahagian bayaran untuk memiliki flet tersebut.

Namun sebaliknya, apabila disemak, perjanjian yang dibuat antara Perbadanan Membangunkan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) dengan penduduk adalah untuk sewa  sahaja.

“Kes Flet Ladang Gemilang, bila rumah-rumah dirobohkan dibina flet, apa janji bekas Menteri Besar dan Menteri Besar ketika ini?

“(mereka) berjanji bahawa sewa flet Ladang Gemilang haya RM127 bukan RM300, sewaan itu akan dijadikan sebahagian dariapad bayaran awal untuk memiliki flet,

“bila semak perjanjian antara tuan rumah dengan SEDC (PERMINT), perjanjian itu adalah untuk sewa sahaja untuk tempoh tiga tahun, bukan sewa beli,”ujarnya.

Beliau yang juga Tmbalan Yang  DiPertua PAS Kuala Terengganu berkata demikian ketika berucap dalam ceramah penerangan di Pasti al-Hadi Kampung Ladang dekat sini pada Rabu 11 Julai.

[Gambar ; Atas - Flet Ladang Gemilang, Bawah - Penduduk pernah membuat bantahan sebelum ini yang menuntut kerajaan mengotakan janjinya sebagaimana pernah diucapkan bekas Menteri Besar dan Menteri Besar masakini]


Menurutnya, apabila ditanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, jawapan yang diberikan kerajaan tidak sama dengan apa yang terdapat dalam perjanjian tersebut.

Katanya, apa yang tersirat sebenarnya, penduduk Kampung Ladang tidak akan dapat memiliki rumah pangsa tersebut kerana ia adalah rumah ‘transit’ sahaja.

Oleh itu, menurutnya, kerajaan Umno-BN Terengganu tidak melaksanakan janji sebagaimana yang diucapkan dahulu dan juga tidak menunaikan kehendak rakyat Kampung Ladang.

“Sebenarnya, yang jelas, bangunan (flet) tidak akan diberi milik kekal kepada penyewa-penyewa sekarang ini, hanya merupakan ‘transit’ persinggahan sementara,

“katanya mereka akan diberikan bangunan yang sedang dibina di sebelah sana,  maknanya apabila (bangunan itu) siap kelak, orang-orang sini (penyewa) akan dihambat pindah pula,”jelasnya.

Justeru itu menurut beliau, perjanjian sewa penduduk flet tersebut akan ditukar menjadi sewa beli dan bayaran sewa yang telah dibayar akan menjadi sebahagian bayaran pembelian.

Dato’ Tengku Hassan yang juga bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu berkata ia akan dilaksanakan sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat menang dan memerintah negeri Terengganu selepas pilihanrayaumum akan datang.

“Itu janji kita dan orang (penduduk) yang duduk diatas flet sana dengar, ini janji kita dan InsyaAllah kita akan tepati,  selama ini Menteri Besar dan kerajaan (Umno Terengganu) ‘buat olok-olok’ kepada kita,”tegasnya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: