Editor Buletin
Isu
Terengganu sebagai ‘Darul Runtuh’ sudah deketahui umum. Ia menjadi
jenaka memalukan kepimpinan Umno-BN. Ia sudah menjadi bala dan trauma
akibat daripada jenayah Kerajaan Umno-BN sendiri yang meruntuhkan Masjid
Bujal
dan meruntuhkan rumah rakyat yang miskin apabila tanah mereka
dirampas setelah lot-lot tanah kediaman dibahagikan kepada rakyat semasa
Pas memerintah Terengganu.
Sikap kejam dan balas dendam kepada
rakyat yang memilih Pas sebagai kerajaan tahun 1999-2004 dipamerkan
secara zalim bermula dizaman Idris jusoh memerintah dan berterusan
dizaman Mat Said memerintah sehingga kini.
Rumah rakyat yang
disodok di Durian Mentangau, di kg belimbing Setiu dan dirampas tanah
mereka serta dibahagikan kepada penyokong Umno-BN adalah suatu kezaliman
yang masih lagi tidak rakyat lupakan.
Sesungguhnya doa orang
yang dizalimi itu tiada hijab dengan Allah Swt. Lambat bangat nescaya
dikabulkan Tuhan. Maka hari ini jelas terbukti, keruntuhan silih
berganti. Berlaku di Terengganu tidak dinegeri lain.
Semua daerah
ada bangunan yang runtuh. Dari Kemaman iaitu daerah Mat Said, MB
sekarang dan mutakhir ini Besut yang merupakan Daerah Idris Jusoh
sendiri.
Yang terakhir apabila Tangki air Sekolah Menengah Paka yang runtuh.
Merosakkan
pagar dan menghancurkan atap bangunan bekas rumah guru. Nasib baik hari
itu hari Jumaat, para pelajar tidak ke sekolah. Boleh bayangkan kalau
pelajar ada dibawah itu. Kematian barangkali akan berlaku.
Kenapa Tangki
air Sekolah menengah itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan