PASIR
MAS – Selepas mengambil pendekatan berdiam diri, Yahya Ibrahim, 78,
bersetuju untuk menceritakan perkara yang tersirat, di sebalik
keruntuhan rumah tangganya, dengan seorang guru al-Quran, sejak 14 tahun
lalu.
Sinar Harian berkesempatan untuk bertemu dengan Yahya atau pun
lebih dikenali sebagai Pok Yo untuk mendapatkan reaksinya berhubung isu
penceraian yang dikaitkan berpunca akibat ketaksuban dalam politik.
Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku?
Yahya
: Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau
dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan
politik.
Dalilnya,
saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik,
maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian
ini.
Saya
ceraikan dia dengan talak satu, kerana sikapnya yang tidak taat,
meninggi suara, tidak bertanggung jawab dan bercakap guna emosi.
Mok Yam
terkeliru apabila saya menyuruh dia ikut ajaran Islam, tetapi disalah
anggap sebagai ikut fahaman politik. Saya tegaskan agar dia ikut ajaran
Nabi, malah tidak mengaitkan langsung nama-nama ahli politik di
Kelantan.
Baru-baru ini, Mok Yam menafikan dia pernah minta diceraikan dengan talak tiga.
Yahya
: Saya juga ada saksi, ketika kami bergaduh mengenai isu ini, malah
saksi itu juga adalah seorang lelaki, baligh, berakal dan memahami
setiap tutur kata Mok Yam.
Sesat adalah satu kesalahan besar, tetapi apa yang dilakukan oleh Mok Yam sehingga didakwa sesat?
Yahya
: Saya kata dia sesat, bukan disebabkannya pergi ceramah (Datuk) Dr
Hasan Ali (bekas Naib Presiden Pas) atau kerana memakai baju merah,
tetapi sikapnya yang terlalu menyimpang dengan ajaran Nabi. Ia bukanlah
setakat solat lima waktu, memakai tudung dan mengaji al-Quran, tetapi
perbuatan lain, juga dikira sebagai amalan, dan tidak terhad dalam satu
perkara sahaja. Paling mengecewakan saya, apabila dia
memburuk-burukkan seorang ulama, dan terkilan kerana tidak dapat
membentuk isteri yang solehah.
Memandangkan usia semakin lanjut, lama berkahwin dan Islam sendiri tidak sukakan penceraian, tiada ada jalan lain selain cerai?
Memandangkan usia semakin lanjut, lama berkahwin dan Islam sendiri tidak sukakan penceraian, tiada ada jalan lain selain cerai?
Yahya
: Selama ini, saya cuba pelbagai cara untuk membentuknya sebagai
seorang isteri solehah, namun selepas semua usaha saya tidak berjaya,
saya yakin perkahwinan ini tidak akan berjaya sekiranya tiada
persefahaman lagi. Puas saya beri dia masa untuk berfikir dan berubah,
namun dia tetap melihat nasihat saya dari sudut politik.
Adakah masih ada sifat sayang yang memungkinkan boleh bersatu kembali?
Yahya
: Saya mengucap syukur sekiranya dia berubah sikap, dengan menjalankan
apa yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.
Saya masih
sayangkannya, tetapi tidak akan meneruskan silaturahim sebagai
sepasang suami isteri. Apa yang ditakdirkan, sudah ditentukan Ilahi. Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan