BETONG:
Hasrat seorang lelaki warga emas menjamah nasi berlauk kari ikan
kembung yang dibawa tidak kesampaian apabila hilang selepas dibaham
buaya sepanjang lebih empat meter ketika membasuh tangan di Sungai
Saribas, di Beladin, pagi semalam.
Kejadian berlaku apabila Derahman
Chali, 55, mahu menikmati sarapan pagi bersama rakannya, Mohd Nor
Bujang, 51, di tebing sungai berkenaan sebelum disambar Bujang Saribas
jam 8 pagi.
Menurut Mohd Nor, sebelum kejadian, dia bersama Derahman
baru setengah jam tiba di lokasi kejadian untuk mencari rumbia yang
menjadi sumber pendapatan mereka.
“Sebaik
tiba, mangsa memberitahu dia mahu sarapan terlebih dulu dan sebelum
membuka bekalan makanan masing-masing, dia ke sungai untuk mencuci
tangan.
“Saya
menghalangnya dan meminta dia menggunakan air dibawa untuk membasuh
tangan, tapi dia tetap berdegil untuk turun ke sungai. Hanya beberapa
minit, saya terkejut apabila terdengar kocakan air begitu kuat disusuli
gelombang.
“Tanpa
berlengah, saya turun ke sungai dan hanya sempat melihat tangan mangsa
terkapai-kapai selepas dia ditarik buaya berkenaan. Ketika itu, saya
berada kurang 10 meter daripada mangsa, namun saya tidak mampu berbuat
apa-apa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya,
dia sedih gagal membantu selepas melihat rakan karibnya ditarik ke
dalam sungai sebelum lenyap dari pandangan.“Kebiasaannya, kami
bersama-sama turun ke hutan mencari rumbia untuk dijual di Sibu kerana
inilah satu-satunya mata pencarian penduduk di sini,” katanya.
Menurutnya, sejurus kejadian, dia memberitahu penduduk bagi mendapat bantuan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pusa.
Menurutnya, sejurus kejadian, dia memberitahu penduduk bagi mendapat bantuan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pusa.
“Saya
sangat sedih dengan kejadian ini kerana kami terlalu rapat seperti
adik-beradik kerana sering bersama keluar mencari rumbia. Saya tidak
dapat melupakan peristiwa yang berlaku di depan mata saya,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Saifuddin Mustafa
berkata, polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.
“Operasi
dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta
bantuan penduduk kampung, namun setakat ini mangsa belum ditemui,”
katanya.
Ini
kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas seorang wanita,
Siah Munsong, 42, yang juga isteri Tuai Rumah Panjang Sungai Anak,
maut dibaham buaya ketika mandi di sungai itu, 19 Jun lalu.Sumber: Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan