KUALA
SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai
Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor. Kalau di
perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang
menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut
menyertainya.
Selain Mohamad Sabu,
Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari
DAP.
Veteran
Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini
pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil
mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.
Selain
Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah
Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan
Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.
Wan
Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para
hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.
Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini.
Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan