Editor Buletin
KUALA LUMPUR
– Sekumpulan 50 orang mahasiswa dan mahasiswi dari gabungan Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan Himpunan Kecil – Flash Mob di
KL Sentral, dekat sini pada jam 1 tengahari, hari ini, Selasa 17 Julai.
Menurut Setiausaha AKSI Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, himpunan
tersebut diadakan bagi mendesak kerajaan suapaya membebaskan 45 orang
tahanan tanpa bicara ISA yang sedang diseksa di Kem Tahanan Kamunting
(Kemta).
“kami, gabungan mahasiswa dibawah Solidariti Mahasiswa
Malaysia (SMM) bersolidariti denganseluruh rakyat mendesak kerajaan
Najib hentikan penyeksaan sesama manusia dengan segera,
“dan
membebaskan 45 orang tahanan tanpa bicara ISA di Kemta yang telah
menderita,”ujarnya yang menghubungi BO melalui pesanan ringkas.
Antara
yang hadir adalah Pengerusi SMM Safwan Anang , Koordinator Pro
Mahasiswa Nasional Edykoup Lakip Sediyanto, Presiden PMI UM Syiz Abdul
Kadir, Setiausaha AKSI Ekhsan Bukharee Badarul Hisham,Timb Presiden
KAMI Khalid Mohd Ismath, Setiausaha GMI Syukri Razab dan Pengerusi
SIGMA Rohayu Rusli.
Ekhsan berkata, kehadiran pihak keselamatan polis begitu ramai namun, tiada sebarang tangkapan yang dilakukakan.
“Kami
mulakan bantahan pada jam 1 tengahari dan tamat pada jam 2 petang,
kehadiran peserta seramai 50 orang, (kehadiran) polis agak ramai,
“keadaan terkawal (dan) tiada ebarang tangkapan,”jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan