Berita palsu itu disiarkan Isnin lepas dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita "myMetro", untuk membuatkannya kelihatan sahih.
“Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu," katanya.
"Sementara Bernama sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ianya bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalah guna," katanya.
Beliau berkata satu laporan polis akan dibuat hari ini. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan