MALAYSIA KINI
"Antara bahan-bahan yang dijumpai di kawasan letupan itu ialah serpihan kon plastik, bebola gegalas, jam dan bateri," katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook hari ini.
"Polis mengumpul semua bahan bukti dari tempat kejadian dan akan dihantar untuk analisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut," kata Mohmad.
Seramai 4,500 orang menyertai perhimpunan itu bagi mengikuti keputusan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah membekaskan dan melepaskannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd .Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
"Kebanyakan kerosakan adalah disebabkan terkena bebola gegalas dan impak letupan. Kebanyakan kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil melainkan sebuah motosikal yang mengalami kerosakan yang agak teruk," katanya.
Kes letupan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 2007), yang jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Mohmad berkata, siasatan dan usaha untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab giat dijalankan dan polis meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu. Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan