Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini cuba menjalinkan semula hubungannya dengan timbalan setiausaha agung parti itu P Ramasamy yang agak tegak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
"Saya minta semua yang hadir di sini, ahli-ahli DAP supaya bersatu. Panglima perang dan ‘godfather’ perlu bersama bagi menumbangkangkan BN," katanya pada persidangan DAP Kebangsaan di Shah Alam hari ini.
"Saya beri jaminan ‘godfather’ sedang membara dalam perut mereka,” katanya dalam nada jenaka sambil disambut dengan sambutan gemuruh.
Sebelum ini, Karpal dan Ramasamy terbabit dalam perang mulut sehingga menyaksikan peguam veteran itu membuat tuntutan supaya Ramasamy melepaskan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang.
Ini berikutan kenyataan Ramasamy di akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai yang mendakwa terdapat ”godfather” dalam DAP selepas beliau menamakan tiga individu sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Beliau bagaimanapun kemudian menafikan laporan itu dan berkata ia sebagai salah lapor.
Seminggu kemudian, Ramasamy sekali lagi menghangatkan keadaan apabila akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetiknya sebagai berkata pengkritiknya sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.
Di sebalik cubaan untuk berbaik itu, Karpal mengingatkan bahawa parti itu menggalakkan darah baru tetapi sumbangan yang lama tidak harus dilupakan.
Karpal juga menimbulkan pengalaman bagaimana pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan dirinya yang telah mengoorbankan diri dengan sama ada ditahan di bawah Akta Keselamatan Antarabangsa atau disumbat ke dalam penjara pada masa lalu demi parti itu.
"Inilah tahap komitmen kami, ia adalah pengorbanan yang dibuat oleh DAP dan pemimpin-pemimpinnya.
"DAP sebelum ini berjuang bersendirian menentang BN tetapi kami tidak lagi keseorangan sekarang, kami sekarang bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan