Sabtu, 14 Januari 2012

GAPS selar Majlis Peguam, dakwa berat sebelah

Hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini.



PETALING JAYA: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendakwa Majlis Peguam bersikap berat sebelah dalam isu rayuan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan Majlis Peguam mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sekatan yang cuba di buat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.

“Sikap berat sebelah dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat di mana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kata, Hamidzun, gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.

Isu masyarakat

Bagaimanapun, GAPS mengalu-alukan kenyataan Majlis Peguam yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat.

Menurut Hamidzun, tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan hak untuk didengar diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan di negara ini.

Hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini.

Penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah, tambahnya.

Menurut Hamidzun lagi, GAPS mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera notis rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwat 901.

Tiada ulasan: