Sabtu, 8 Oktober 2011

Ujuran pertumbuhan terlalu tinggi


KUALA LUMPUR - Penganalisis pasaran menyifatkan unjuran pertumbuhan kerajaan untuk tahun depan sedikit terlalu tinggi sambil menambah Putrajaya perlu lebih berhati-hati ekoran kemerosotan ekonomi global baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Belanjawan 2012 hari ini berkata Malaysia akan mencapai pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2012 dan akan memotong defisit fiskal seperti tuntutan domestik dan komoditi eksport.

Pihak berkuasa akan meneruskan perbelanjaan pembangunan dan mengekalkan subsidi bagi memastikan harga turun, selain mengharapkan kos pinjaman rendah dan pasaran pekerjaan terus berkembang untuk memastikan pertumbuhan ekonomi tahun depan.

Kerajaan mencapai pertumbuhan ekonomi pada 2011 antara 5.0 hingga 5.5 peratus dari 5.0 hingga 6.0 peratus. Ia menjangkakan defisit fiskal akan menguncup sehingga 4.7 peratus keluaran dalam negeri kasar tahun depan dari 5.4 peratus pada 2011.

"Kerajaan masih kelihatan agak positif kepada pertumbuhan. Kami mungkin mengharapkan sedikit langkah berhati-hati dalam keadaan global kini.

"Ia seperti rancangan yang baik dengan rakyat dan berhubungan dengan kita. Kita menjangkakan empat peratus tahun ini dan 4.2 peratus tahun depan. Pada separuh kedua ia perlu mencecah 5.5 peratus untuk mengekalkan purata lima peratus. Jadi agak optimis pada pandangan saya," kata Hak Bin Chua dari Merrill Lynch Bank of America kepada Reuters.

Katanya kerajaan kelihatan "agak optimistik" dalam soal meramalkan unjuran pertumbuhan negara dan mempersoalkan sama ada sasaran-sasaran itu benar-benar realistik.

"Defisit fiskal juga telah terletak di bawah jangkaan. Saya rasa ramai orang menjangkakan kira-kira lima peratus," tambahnya.

Ahli ekonomi Alan Tan meramalkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) akan mencecah lima peratus tahun depan.

"Permintaan domestik tidak terlalu kuat untuk membantu mengimbangi kelembapan luar.

"Memandangkan ketidaktentuan dunia dan kemungkinan ekonomi Eropah akan berdepan dengan kemelesetan tahun depan, kami meramalkan KDNK kerajaan tahun depan di bawah sasaran kerajaan," kata Tan yang berkhidmat dengan Affin Investment Bank.

Pakar ekonomi United Overseas Bank Ho Woei Chen memberitahu Reuters bahawa kerajaan tidak akan mencapai sasaran perbelanjaan pembangunan seperti yang dijangka berdasarkan belanjawan yang diumumkan.

"Unjuran pertumbuhan kelihatan agak terlalu tinggi. Kami jangka di bawah lima peratus tahun ini dan tahun depan, yang mana 4.8 peratus pada 2011 dan 4.9 peratus pada 2012.

"Melihat kepada ini, Malaysia tidak akan mencapai apa yang disasarkan," katanya.

Ahli ekonomi Citigroup Kit Wei Zheng berkata beliau terkejut dengan perbelanjaan mengurus kerajaan yang lebih rendah.

"Saya rasa KDNK yang dijangkakan untuk 2012 adalah satu angka yang sesuai. Ia lebih hampir kepada lima peratus," katanya.

Unjuran pertumbuhan ekonomi telah mencecah 7.2 peratus pada satu dekad lalu dan secara rasmi dijangka pada tahun ini hanya lima peratus, walaupun pertumbuhan tahunan agak perlahan hanya empat peratus pada suku kedua pada 2011.

Kerajaan berkata kadar inflasi berada pada tahap 3.1 peratus pada Januari hingga Ogos tahun ini tetapi tidak diramalkan untuk 2012.

Permintaan domestik akan berkembang 7.6 peratus pada 2012 berbanding 8.1 peratus tahun ini.

Tiada ulasan: