Perdana Menteri Najib Razak membayar RM94 juta kepada penasihat media UK FBC Media untuk beberapa artikel yang sengaja menunjukkan negara dan pentadbirannya lebih baik daripada yang sebenar.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dibangkitkan di Parlimen oleh MP Batu Tian Chua, Najib akhirnya mengakui pembayaran itu adalah untuk “servis nasihat dan pengurusan untuk kempen komunikasi”.
Penipuan RM94 juta
Semenjak laman web Sarawak Report memberitahu berita itu, Najib enggan mengulas tentang FBC, yang sedang disiasat oleh pelaras industri UK kerana menyiarkan propaganda yang dibayar dalam samaran berita bebas.
Pada hari Selasa, Najib memberitahu kerajaan telah membayar 19.6 juta Euro (RM94 juta) kepada syarikat penasihat media FBC Media untuk tempoh tiga tahun semenjak 2007.
Beliau juga mengakui menyuruh FBC Media untuk menghasilkan program-program ‘berkilat’ untuk disiarkan di BBC di bawah segmen barunya, yang dikatakan pakar sama seperti penyelewengan berita.
“Kontrak tahunan itu diperbaharui dua kali dan diberhentikan pada tahun 2010. Nilai kontrak itu selama tiga tahun adalah 19.6 juta Euro,” kata PM dalam jawapan bertulisnya. “Pembikinan dan penyiaran rancangan-rancangan mengenai Malaysia di media antarabangsa adalah sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki profil Malaysia di peringkat antarabangsa, seperti yang ditulis di dalam kontrak dengan FBC Media.”
Minta maaf dan ambil tanggungjawab
Selain daripada pelaras industri UK, FBC telah digantung dan berada di bawah penyiasatan dalaman oleh penyiar-penyiar antarabangsa seperti CNBC, BBC, dan majalah US The Atlantic.
Ahli-ahli perundangan PKR marah di atas cara Najib yang mengelak daripada memberikan statistik, dan enggan meminta maaf atau mengambil tanggungjawab kerana memburukkan imej negara.
“Kita nampak bil tinggi untuk penasihat luar negara APCO, McKenzie dan sekarang FBC Media. APCO dikaitkan dengan elemen Zionis manakala FBC terlibat dalam tindakan-tindakan tidak beretika,” Tian memberitahu Malaysia Chronicle.
“Jelas sekali, kita tidak senang dengan perbelanjaan ini. BN tidak berani untuk menyiasat Najib. Rakyat mesti meminta penjelasan untuk mengelak daripada perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menaikkan imejnya sendiri.”
Selain daripada FBC, Najib juga membayar sekurang-kurangnya RM77 juta kepada syarikat New York APCO. Sekiranya bayaran untuk McKenzie disekalikan, katanya jumlah bil dengan senangnya menjangkau RM200 juta.
Bil FBC diikuti oleh satu lagi bil mengejut, didedahkan oleh kementerian luar negeri pada hari Selasa.
Najib dan isterinya Rosmah Mansor menghabiskan RM1 juta semasa perjalanan mereka ke Kazakhstan baru-baru ini, di mana mereka didakwa membawa bersama tetamu peribadi dengan menggunakan duit rakyat untuk menghadiri majlis pertunangan anak perempuan mereka.- Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan