Ahad, 16 Oktober 2011

PRU-13: BN selaras pembahagian kerusi, kata Najib

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR— Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang kini digunapakai bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata pelarasan tersebut perlu untuk menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.

“Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008. PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan politik dinamik yang menyebabkan kita perlu pelarasan.

“Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti BN untuk mencari formula terbaik pembahagian kerusi,” katanya (gambar) dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.

Dipetik Bernama Online, katanya semua pemimpin parti-parti komponen BN pada asas dan semangatnya bersetuju untuk bertolak ansur dan beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti komponen itu bagi mencari formula baru terbaik itu.

Tiada ulasan: