| Muhammad Faizal |
| Timbalan Menteri KPKK, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz menyatakan demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (gambar) mengenai bagaimana pihak kementerian melantik anggota-anggota MPM serta mengapakah tidak merangkumi media portal atas talian (online). Tambah Tian lagi, kebebasan media di negara ini masih lagi berada pada peringkat yang membimbangkan. "Melihat pada kedudukan kebebasan media, Malaysia berada pada kedudukan 143 dari 196 ia memperlihatkan media Malaysia belum bebas sepenuhnya. "Dalam mengembalikan kebebasan media kenapa perundingan tersebut hanya melibatkan media arus perdana sahaja sedangkan media alternatif tidak dijemput sekali," jelas Tian. Dalam pada itu KPKK juga memberitahu perbincangan yang turut disertai Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu masih lagi diperingkat cadangan dan beberapa faktor perlu diambil kira kerana terdapat tentangan dari pengamal media arus perdana yang tidak mahu campur tangan kerajaan. |
Selasa, 18 Oktober 2011
Media Malaysia belum bebas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan