Jasbant Singh
ULASAN Bolehkah media massa mengharapkan layanan adil dan saksama daripada Pakatan Rakyat jika gagasan itu berjaya menawan Putrajaya?
Persoalan ini perlu ditanya dan diperinci susulan tindak tanduk pemimpin kanan gagasan itu melayan media yang “tidak menyokongnya”; dalam erti kata lain media arus perdana seperti Utusan Malaysia, TV3 dan New Straits Times.
Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng baru-baru ini mengarahkan krew TV3 untuk meninggalkan bilik sebelum meneruskan sidang akhbarnya.
Setiausaha Agung DAP itu bertindak memulau TV3 susulan pendedahan stesen berkenaan mengenai sebuah rakaman audio yang mensabitkan Lim sebagai mengkiritik Johor ketika berada di Singapura.
Di Kuala Lumpur, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendakwa media arus perdana diperalatkan oleh Umno bersabit isu hudud.
Banyak tuduhan seumpama itu dilemparkan oleh Lim dan Anwar serta pemimpin Pakatan lain, khususnya selepas kemenangan besar mereka pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu.
Amalan membidas wartawan, menghalau mereka dari sidang akhbar atas alasan mereka ejen Umno-Barisan NN, semakin lumrah di kem pembangkang ketika negara di ambang demam pilihan raya yang ke-13.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tiga dari kiri) juga kerap menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menutup mulut ahli exco dan pegawai kerajaan apabila kerajaan negeri berhadapan dengan sesuatu krisis atau isu.
Kali terbaru Khalid berbuat demikian ialah ketika kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada satu majlis makan malam di sebuah gereja di Damansara Utama, 3 Ogos lalu.
Selepas memohon maaf bagi pihak kerajaan negeri kerana operasi itu, Khalid berjanji memberikan penerangan penuh selepas menerima laporan JAIS tetapi kemudian menolak isu itu kepada Istana Selangor untuk diselesaikan.
Soalan-soalan sesetengah wartawan, termasuk petugas TV Selangor milik kerajaan negeri yang hendak ditujukan kepada Khalid pula kerap ditapis oleh setiausaha akhbar beliau bagi memastikan tiada soalan “sensitif” dikemukakan.
Turut menjadi sasaran cemuhan pemimpin PKR ialah portal berita tertentu yang dituduh kononnya “tidak mempunyai apa-apa yang baik” untuk diperkatakan mengenai PKR.
Pakatan sering mencanang kebebasan media sebagai asas penting perjuangannya. Sejak awal lagi gagasan itu mengisytiharkan kesediaan memansuhkan undang- undang seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
Meskipun begitu, tindak tanduk dan reaksi pemimpin kanan mereka terhadap media arus perdana harus mencetuskan kebimbangan rakyat yang beranggapan institusi media atau kewartawanan di negara ini akan bertambah subur jika berlaku perubahan kuasa di Putrajaya.
Pemimpin Pakatan tentunya menganggap tindakan mereka mengherdik, mencemuh dan memulau wartawan dari media arus perdana adalah tindak balas “sesuai dan patut” kerana mereka sering menjadi sasaran media itu.
Hakikatnya ialah, tindakan itu membelakangi komitmen mereka sendiri untuk menghormati prinsip kebebasan media dan hak wartawan untuk bertanya apa jua yang disifatkan sebagai kepentingan awam.
Justeru itu tidak ada sebab TV3 tidak boleh menyoal Lim Guan Eng mengenai komen beliau bersabit tahap keselamatan di Johor.
Tidak ada sebab Khalid harus mengunci mulut exconya khususnya Datuk Hassan Ali bersabit isu pemeriksaan JAIS (yang kini ternyata betul seperti dititahkan Sultan Selangor).
Seharusnnya Khalid menjelaskan keperluan beliau meminta maaf mengenai tindakan JAIS itu, tanpa menunggu laporan penuh badan berkenaan.
Rasanya, wartawan juga tidak perlu diherdik jika mereka menuntut pendirian jelas Pakatan mengenai isu hudud dan bukannya pendapat peribadi pemimpin parti itu mengenai pelaksanaan hukum Islam itu.
Ini kerana setiap isu berkenaan membabitkan kepentingan awam, dan berkait rapat dengan masa depan dan hala tuju negara, kedudukan Islam di negara ini, hak rakyat bukan Islam dan sentimen pelabur asing (bersabit Johor).
Layanan pemimpin Pakatan terhadap media yang tidak menyokong mereka sebenarnya membuka jendela kepada rakyat untuk menilai tahap kesungguhan dan keikhlasan gagasan itu dalam mendokong kebebasan bersuara.
Kebebasan media bermakna kesediaan pemimpin untuk menjawab setiap soalan panas dan tekal dengan keyakinan terhadap keupayaan rakyat untuk menilai apa yang diperkatakan oleh mereka -tidak kira mereka pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang.
Banyak tuduhan dilemparkan kepada pimpinan Umno-BN yang lalu bersabit isu kebebasan media negara ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut tidak terkecuali daripada asakan Pakatan itu.
Pengharaman akhbar Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun lalu dikecam keras. Namun mungkin tidak ramai menyedari bahawa PKR masih bebas menerbitkan akhbar lain menggunakan pelbagai nama termasuk portal Keadilan Daily yang tentunya amat kritikal terhadap Najib dan kerajaannya.
Pada masa sama blog-blog bernada “anti-establishment” juga bercambah tanpa kongkongan walaupun ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong tegar Umno-BN kerana melemparkan kritikan-kritikan pedas.
Najib sendiri tidak cuba memulau media alternatif seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang sering membuat liputan majlis-majlis rasmi beliau.
Pada masa sama, Najib mengumumkan pindaan terhadap Akta Penerbitan dan Mesin Cetak bersabit pelesenan syarikat media yang berkuat kuasa dalam bentuk yang ada sekarang untuk sekian lama.
Ada pihak termasuk MCA mahukan Najib menimbang untuk memansuhkan terus akta itu dan meluaskan sempadan ruang kebebasan media supaya setanding dengan apa yang dinikmati oleh media alternatif internet.
Sama ada undang-undang itu akan dimansuhkan sama sekali belum pasti. Tetapi yang nyata ialah Najib selaku Perdana Menteri menampakkan kesediaan untuk ‘Berubah’, slogan yang menjadi laungan Pakatan.
Beliau sudah memulakan rentak untuk membawa perubahan yang merentasi medan ekonomi, sosial dan politik negara.
Kebebasan media yang didahagakan oleh rakyat belum dicapai dalam erti kata sebenarnya namun perjalanan ke arah itu sudah bermula dan kian deras untuk mencapai matlamat yang diinginkan.
Namun misi ke arah pendemokrasian rakyat itu tentunya harus diimbangi dengan keperluan undang- undang bagi menjamin keharmonian rakyat majmuk yang masih terdedah kepada pengaruh fitnah dan dakyah yang boleh disebarkan menerusi media yang bebas dan bermaharajalela.
Sementara Najib bergerak di landasannya untuk melepaskan media daripada undang-undang lama, pemimpin-pemimpin Pakatan harus menilai sikap mereka sendiri terhadap wartawan tanpa mengira sama ada mereka bergaji dengan media arus perdana ataupun media alternatif.
Biarlah mereka menghayati erti kata kebebasan media dalam apa keadaan sekali pun. malaysia kini

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Jasbant Singh adalah seorang wartawan dan editor yang berpengalaman luas. Pernah berkhidmat di TV3 dan kemudiannya dengan stesen televisyen antrabangsa Al-Jazeera. Beliau juga pernah berkhidmat dengan TV Selangor sebelum meninggalkan organisasi itu bulan lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan