MALAYSIA KINI
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.
Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad Sabu sementara Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya.
Firoz ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan memasukkan pembelaan terhadap penyataan tuntutan yang difailkan sebelum atau pada tarikh tersebut.
Mohamad Sabu, 57, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 Sept lalu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi sistem e-filing di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi.
Menurut penyataan tuntutan yang diperolehi media hari ini, Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah.
Penerbitan ketiga-tiga artikel adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.
Beliau mendakwa penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar dari ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis.
Akibat daripada itu, Mohamad Sabu mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta kesengsaraan dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya. Beliau juga mendakwa telah menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain itu, beliau turut mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.
Mohamad Sabu turut mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kesemua artikel terbabit bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.
Oleh itu, plaintif menuntut satu jumlah ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar semua defendan memohon maaf serta menarik balik tuduhan fitnah ke atas dirinya.
Plaintif turut memohon penarikan tuduhan fitnah itu dibuat selamat tiga hari di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia selain kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan