Sepasang adik-beradik perempuan berusia 7 dan 9 tahun, dibelasah bapa angkat mereka gara-gara cuba melakukan aksi sumbang setelah dikatakan terpengaruh adegan video lucah yang pernah ditonton.
Kejadian itu berlaku di Kampung Relau, di sini, Rabu lalu dan kes berkenaan kemudiannya dimaklumkan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN Melaka) yang kemudiannya merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Melaka.
Gambar hiasan |
Menurut Zamzuri, pihaknya dimaklumkan ibu kandung kanak-kanak terbabit yang juga ibu tunggal berusia 29 tahun, sebelum kejadian itu dia terlihat dua anaknya itu melakukan aksi tidak senonoh tanpa pakaian di dalam bilik.
Menurutnya, dia kemudiannya menghubungi keluarga angkat anaknya yang ketika itu berada di Mentakab, Pahang.
“Berang dengan perlakuan anaknya itu, bapa angkatnya yang berusia 28 tahun memukul mereka berdua dengan rotan sehingga mendatangkan kesan lebam di beberapa bahagian termasuk lengan, paha dan belakang badan.
“Bagaimanapun, berdasarkan pengakuan kanak-kanak terbabit, mereka akui dipukul disebabkan perlakuan negatif yang dilakukan atau kita rumuskan sebagai melakukan adegan ciuman sesama jenis,” katanya kepada Sinar Harian.
Turut sama, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.
Jelas Zamzuri, menerusi siasatan, ibu terbabit mempunyai tiga anak perempuan berusia 3, 7 dan 9 tahun.
Menurutnya, anaknya yang berusia 9 tahun diberikan hak penjagaan kepada pasangan keluarga angkat sejak lebih setahun lalu dan mereka adalah rakan baiknya. kepada wanita berkenaan.
“Sebelum kejadian, kami difahamkan dua adik-beradik ini pernah beberapa kali melakukan aksi sumbang sejak lebih setahun lalu, gara-gara beberapa kali menonton video lucah bersama adik-beradik tirinya sebelum ini.
“Jadi tindakan bapa angkat mereka ini mungkin disebabkan terlalu marah dan gagal mengawal perasaan. Ini kali pertama dia memukul kanak-kanak terbabit,” katanya.
Zamzuri berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(1)(b) kerana mendatangkan kecederaan fizikal dan jika sabit kesalahan, pihak JKM boleh mengajukannya kepada polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan