MALAYSIA KINI
Belanjawan 2012 yang diumumkan kelmarin tidak mampu menyelesaikan masalah jangka panjang dalam menangani strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebagai contoh, katanya, harga minyak sebagai elemen kos paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan membebankan rakyat.
"Ini menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya," kata Abdul Hadi (kanan).
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Hadi berkata, untuk jangka masa panjang, kerajaan gagal mendidik rakyat supaya berhemat, malah rakyat terus digula-gulakan dengan pemberian jangka pendek.
Sehubungan itu, anggota parlimen Marang itu berkata, pengstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya lebih membela rakyat.
Sebagai contoh, subsidi minyak RM17 bilion, hanya RM5 bilion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran dan lebih RM12 bilion masih dinikmati syarikat luar, tambahnya.
"Ini merupakan pengaliran keluar sumber," katanya yang akan memperincikan pandangannya tentang belanjawan kali ini dalam perbahasannya di Dewan Rakyat nanti.
Secara umumnya, Abdul Hadi berpendapat, tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara dalam belanjawan kali ini kerana ia masih sama dan hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.
"Ini adalah belanjawan pilihan raya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan