MALAYSIA KINI
Majlis Peguam hari ini mengingatkan lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bahawa mereka tertakluk kepada kecuaian dan tindakan mahkamah oleh pemegang saham jika didapati gagal dalam tugas menangani penyelesaian di luar mahkamah dengan Tan Sri Tajudin Ramli.
"Jika mereka gagal dalam tugas mereka, para pengarah akan terdedah kepada saman cuai oleh mana-mana pemegang saham atau lembaga pengarah yang dilantik seterusnya, seperti yang pernah kita lihat dalam beberapa kes baru-baru ini.
"Oleh itu, penarikan balik saman terhadap Tajudin boleh dianggap sebagai pelanggaran tugas di pihak pengarah GLC," kata Lim, sambil mengingatkan bahawa sebagai pengarah mereka juga bertanggungjawab kepada pemegang saham.
"Bagaimanapun, jika pemegang saham meluluskan resolusi untuk membenarkan pelanggaran tugas itu atau mengatakan bahawa tiada terdapat pelanggaran, maka saman itu boleh ditarik balik kecuali jika terdapat unsur-unsur penipuan atau menyalahi undang-undang," kata Lim kepada Malaysiakini.
Nazri sebelum ini dilaporkan dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.
“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.
Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan