Ahad, 14 Ogos 2011

BERITA BAIK UNTUK PEGAWAI PENGUATKUASA PERHUTANAN SABAH

RONTOG DAILY

SANDAKAN: Pegawai-pegawai penguatkuasa jabatan perhutanan di Sabah kini boleh menarik nafas lega kerana mereka dibekalkan dengan senjata api bagi menjaga khazanah hutan di negeri ini daripada golongan pembalak dan pemburu haram yang rakus.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Sam Mannan, pihaknya telah menerima lampu hijau bagi membekalkan senapang patah dan pistol kepada pegawai-pegawai berkenaan semasa menjalankan tugas.

Sebelum ini pegawai-pegawai penguatkuasa berkenaan sering terdedah pada bahaya kerana ada pemburu dan pembalak haram yang bertindak nekad menyerang mereka, yang tidak bersenjata.

Pada awal 2010 misalnya, pekerja-pekerja perhutanan yang menjalankan kerja-kerja pemulihan hutan dan memusnahkan ladang kelapa sawit haram di Hutan Simpanan Ulu Kalumpang pernah diserang dengan senjata api. Pegawai-pegawai berkenaan terpaksa berundur kerana mereka tidak mempunyai senjata untuk mempertahankan diri.

Menurut Mannan, keputusan membekalkan senjata api kepada kakitangan penguatkuasa itu diputuskan pada tahun 2009.

Mannan turut menegaskan bahawa walaupun bersenjata, kakitangannya tetap terikat pada arahan bahawa senjata api itu hanya boleh digunakan sebagai pilihan terakhir untuk mempertahankan diri. -HM

20 ulasan:

mantra berkata...

dengan adanya senjata api untuk pegawai penguatkuasa perhutanan, diharap ia dpt membanteras kegiatan pemburu dan pembalakan haram.

Antanum berkata...

Sudah ada senjata api jangan salah gunakan senjata tersebut.

Antanum berkata...

Selepas dikuatkuasa untuk memiliki senjata api harap pembalak haram tidak lagi berlaku dengan meluasnya.

Antanum berkata...

Selain itu mana pegawai yang terlibat harus ada latihan untuk menggunakan senjata api untuk mengelak daripada berlaku kesilapan semasa bertugas.

Tanpa Nama berkata...

pemburu dan pembalak haram bukan saja menjalankan kegiatan haram malah turut memiliki senjata api. kalau dihadapkan ke mahkamah mereka sudah dikenakan hukuman atas dua kesalahan yang sudah melanggar undang2.

Tanpa Nama berkata...

terjamin ka pembalak dan pemburu haram akan dapat ditangani kalau menggunakan senjata api ni? ada satu cerita yang saya pernah dengar dari seorang penduduk di daerah Telupid bahawa terdapat pemburu yang memasuki hutan simpan kerajaan dan dia terlepas dari dikenakan denda. malah ada juga yang tidak serik2 untuk memburu di hutan simpan kerana walaupun ditangkap oleh pihak penguatkuasa tapi dengan hanya memberi rasuah mereka boleh terlepas. lagipun berbaloi juga kerana banyak hasil buruan di hutan simpan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

senjata api perlu dibekalkan kepada para pegawai penguatkuasa perhutanan sabah..

Tanpa Nama berkata...

selepas ini, pastikan kawasan hutan sabah tidak dicerobohi oleh pembalak haram..

Paquin berkata...

Semoga dengan adanya senjata, pegawai penguatkuasa akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka lagi.

Paquin berkata...

Jangan saja senjata itu disalahgunakan lah. Nanti tak pasal2 isu baru lagi yang timbul.

Paquin berkata...

Pastikan pencerobohan hutan dapat dikawal. All the best!

joey berkata...

sekurang-kurangnya ini bagi membantu mereka mempertahankan diri.

POP berkata...

Mereka tak bersenjata masa lepas, tapi sekarang bolehlah menghalang aktiviti haram drpd berlaku lagi.

Hamdan Hadillah berkata...

Baguslah kalau macam itu. Jangan disalahgunakan pula nanti senjata yang dibekalkan.

Hamdan Hadillah berkata...

Satu cadangan lagi mereka yang mendapat senjata api perlulah diberikan latihan pengunaannya. Kerana senjata api ini merupakan senjata yang merbahaya. Jadi mereka mestilah ada pengalam dan pengetahuan cara penggunaannya.

Unknown berkata...

Nampaknya Pegawai hutan diumumkan penyediaan senjata untuk keselamatan semasa menjalankan tugas dihutan-hutan. Semoga para petugas dapat menangani pencerobohan yang kerap berlaku sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

memang patutpun mereka dilengkapi dengan senjata api.. banyak kemungkinan yang boleh berlaku ketika menjalankan tugas di dalam hutan.

yang penting jangan disalah-gunakan..

Mohd Ishak berkata...

Harap senjata api itu digunakan dengan cara yang betul dan selamat.

Mohd Ishak berkata...

Semoga pegawai penguatkuasa perhutanan akan berusaha menjaga perhutanan kita.

POP berkata...

Mereka haruslah berdisiplin menggunakan senjata itu, jangan menyalahguna pula...