MALAYSIA KINI
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan penyekatan beberapa laman sesawang pada akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan.Sebaliknya, menurut SKMM ia adalah tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.
“Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987,” petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama.
Antara laman-laman yang disekat itu, termasuk:ThePirateBay.org
- MegaUpload.com
- FileServe.com
- DepositFiles.com
- FilesTube.com
- Warez-BB.org
- Movie2k.to
- MegaVideo.com
- PutLocker.com
- DuckLoad.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan