Selasa, 28 Jun 2011

Parti politik BERSAMA umum hasrat tanding PRU-13

BERNAMA


ALOR SETAR: Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) yang bertapak di Semenanjung Malaysia berhasrat bertanding di semua negeri pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Presidennya, Shuhaiddin Langkap, yakin keahlian parti itu dijangka mencecah 1.3 juta orang tahun depan dan akan memberi impak besar terhadap parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Beliau mendakwa keahlian BERSAMA di semenanjung telah melebihi 167,000 manakala 56,000 ahli di Sabah dan Sarawak.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan BERSAMA negeri Kedah di sini, hari ini, Shuhaiddin mendakwa, parti itu mampu bertanding atas kekuatan sendiri dan tidak akan bekerjasama dengan parti lain.

Parti itu ditubuhkan di Sabah pada 1994 dengan nama Parti Demokratik Setia Hati Rakyat Bersatu Sabah dan menukar kepada nama baru BERSAMA pada 23 Mac lalu apabila mengembangkan sayapnya ke semenanjung.

Tiada ulasan: