Harakahdaily |
Beliau mahu pihak polis menjelaskan apa kesalahan yang dilakukan mereka sehingga digari dan dibawa ke balai polis Sungai Siput. "Saya mempersoalkan apakah alasan mereka ditangkap, adakah kerana pakai baju kuning atau baju merah atau sebab edar risalah parti atau bendera Malaysia?" soalnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Polis membuat penangkapan mereka dengan memberi alasan mengedar bendera Malaysia dengan memakai baju Bersih. Khalil Idham yang juga Adun Titi Serong menyifatkan penangkapan itu sebagai melanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun. "Saya menganggap penangkapan adalah secara tidak sah dan nmelanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bergerak secara sah sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Fasal 10(1)/b.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram. |
Rabu, 29 Jun 2011
Bersih: Edar bendera Malaysia pun ditangkap?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan