Jumaat, 10 Jun 2011

Noh Omar: Meritokrasi tak sesuai dilaksanakan

MALAYSIA KINI


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata prinsip meritokrasi dalam pendidikan seperti tempat ke menara gading dan biasiswa, yang diperjuangkan Pakatan Rakyat, belum sesuai dilaksanakan kerana terdapat golongan masih memerlukan pembelaan seperti pelajar di kawasan luar bandar.

azlanBeliau berkata jika anak luar bandar diberi bantuan dan peluang, mereka juga boleh berjaya.

"Pelajar luar bandar masih kekurangan, ada sekolah (rendah) di Tanjong Karang masih lagi murid-muridnya yang tak dapat 5A, sedangkan kita lihat ada sekolah di bandar di mana dalam satu sekolah, sampai 50 orang dapat 5A," katanya selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 di kawasan Parlimen Tanjong Karang hari ini.

Seramai 410 pelajar cemerlang peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah hingga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia menerima anugerah itu.

Noh juga berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.5 bilion setahun bagi kemudahan pendidikan seperti biasiswa, rancangan makanan tambahan dan skim pinjaman buku teks kepada pelajar.

Bagaimanapun, katanya, ketika kerajaan Persekutuan memberi tumpuan khusus bagi membangunkan pendidikan, ada kerajaan negeri dilihat lebih mementingkan politik.


Tiada ulasan: