Selasa, 28 Jun 2011

Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan

TERKINI

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan yang disoal siasat oleh polis hari ini menegaskan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini akan diteruskan sebagaimana telah dirancang.

Bekas presiden Majlis Peguam itu (gambar) berkata pihaknya juga tidak akan memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan memandangkan Menteri Dalam Negeri dan polis berpendirian tegas bahawa tidak akan memberi kelulusan bagi tujuan itu.

Ambiga juga mengecam pihak berkuasa kerana menahan anggota masyarakat madani yang berkempen menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

“Daripada mengugut mereka, libatkan sama kami,” kata beliau.

Ambiga juga menyifatkan tindakan polis menahan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) kelmarin sebagai mengarut sambil mengecam tindakan pelbagai pihak yang cuba mengaitkan kumpulan politik kecil yang menyokong Bersih sebagai komunis.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku... siapa yang bercakap mengenai komunis pada hari masa sekarang dan zaman ini?” katanya lagi.

“Sesiapa yang hendak menyokong Bersih, terserah kepada mereka. Terpulang kepada rakyat,” katanya.

Tiada ulasan: