| M Faqih |
|
Akhbar itu mengenakan tajuk ‘PAS peralatkan pelajar agama’ dan keesokan harinya diulas pemimpin Umno dengan paparan tajuk ’Nik Aziz bertopeng imej warak’ dan ’PAS Kelantan terdesak eksploitasi pelajar agama’. Wartawan akhbar terbabit sebenarnya gagal membezakan di antara pelajar dan pemuda PAS yang sendat memenuhi padang di mana ramai yang berjubah serta memakai t-shirt berwarna hijau. Sedangkan jumlah pelajar sekolah agama yang hadir hanya sekitar 2,000 orang. Jumlah keseluruhan kehadiran kira-kira 15,000 orang. Hanya berpandu laporan akhbar Umno yang melapor secara tempang, tiba-tiba Pemuda Umno Kelantan dan beberapa pihak yang berselindung di sebalik nama NGO melantah.
”Pelajar sekolah termasuk dari pusat pengajian tahfiz yang dijemput hanya sekitar 2,000 orang dan selebihnya kira-kira 13,000 lagi pemuda PAS yang datang dari seluruh Kelantan. ”Pelajar terbabit dijemput khas kerajaan negeri untuk menyertai acara khatam al Quran dan bermunajat bersama pemuda-pemuda PAS. ”Mengapa Umno cemburu sangat. Ini tidak lain lagi kerana perhimpunan tersebut jauh mengatasi kehadiran pada gelombang biru dilancarkan Umno Kelantan sejak tahun lepas,” katanya di sini. Pelajar dijemput khas kerajaan negeri bagi mengikuti program khatam al Quran dan munajat yang bermula selepas Maghrib sehingga Isya. Sebaliknya akhbar Umno terbabit pada laporannya Ahad lepas mendakwa PAS memperalatkan pelajar sekolah agama apabila rata-rata mereka yang hadir berjubah. Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, tidak timbul pelajar sekolah diperalatkan kerana mereka datang untuk mengkhatamkan al-Quran. Menurutnya program khatam dan munajat berakhir dengan solat Isyak dan ada sebahagian pelajar pulang selepas itu. ”Program ceramah umum yang berlangsung selepas solat Isyak tidak ada lagi kaitan dengan Munajat Anak Muda,” ujarnya. Kata beliau Pemuda Umno Kelantan melatah kerana mahu menutup kelemahan mereka yang gagal menarik ramai demostrator hadir di hadapan Kota Darulnaim 16 Mei lalu. |
Rabu, 25 Mei 2011
Pemimpin Umno hanya berpandu ‘kitab’ Utusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan