Khamis, 5 Mei 2011

Apa kata Najib bawa Umno keluar BN sertai PAS, ada berani?

WarkahDaily


Jika Najib beriya sangat nak bersama PAS, ajak PAS bersama Umno demi survival Islam di bumi Malaysia, ada berani Najib mengajak gerombolan songkok tinggi keluar Barisan Nasional (BN) kemudian sertai PAS.



Usah fikir panjang laa bro, sekarang giliran hang pulak diajak masuk PAS...ada berani?

Selama ini seolah-olah Najib beriya sangat nak bersama PAS. Dah tahu ditolak lamarannya, Najib terus menerus merayu kepada PAS untuk bersama Umno.

PAS secara terang dan jelas terus menolak menyertai pakatan dengan Umno walaupun sentiasa digoda oleh malaun-malaun Umno termasuk provokasi akhbar arus perdana dan para pemerhati politik bias Umno-BN.

Namun kini tiba giliran gerombolan songkok tinggi pula diajak menyertai PAS.

Dah kalau nak sangat bersama dengan PAS, apa salahnya hangpa keluar Umno dan sertai PAS. Ada berani ke?

Padahal selama ini hangpa mengeji PAS, mengutuk PAS dan sebagainya tetapi kini hangpa terhegeh-hegeh pulak nak ajak PAS bersama.

Woi!...hangpa ingat orang tak tahu ke pelawaan hangpa kat PAS sebenarnya sebab hangpa rasa hangpa perlu kepada talian hayat baru untuk bergantung hidup. Hangpa dah tahu, Umno dah tak relevan lagi, Umno kian pudar dan hampir hancur. Umno bakal berkubur dalam PRU-13 nanti jika Umno tidak perolehi talian hayat terakhir. Hangpa merasakan PAS adalah salah satu tapak hangpa nak bertapak kembali...Piiraah!..

Kalau hangpa ikhlas nak bersama dengan PAS, hangpa keluarlah Umno sertai PAS. Apa relevan PAS kena sertai Umno-BN? Padahal selama ini PAS tidak pernah pujuk rayu terhadap Umno untuk sertai PAS, tapi Umno begitu terdesak sehingga Najib berkali-kali dengan muka yang tiada kemaluan, terus-menerus meminta simpati PAS agar bersama dengan Umno dalam BN.

Jelas Umno dah rasa tak boleh diharap dah dengan parti sekutunya yang hampir hilang di arus politik tanah air. Bagi Umno, MCA dan MIC sudah tidak berguna lagi bagi mereka. Mereka semua itu sudah menjadi sampah dan liabiliti terhadap Umno.

Rakan sekutu Umno, MCA kini bukan lagi menjadi musuh kepada PAS, bahkan terus-terang presidennya menunjukkan sifat membenci dengan Islam. Perkara ini memberi kesan buruk kepada Umno yang menganggap mereka perjuangkan Islam walaupun pada hakikatnya, Umno adalah parti sekular di negara ini.

Kerana Umnolah, MCA terus mengeji dan membenci Islam sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan PAS harus menggugurkan Islam daripada dasar perjuangannya jika mahu sertai BN. Walaupun PAS memang tidak ingin menyertai BN, tetapi kenyataan berbaur perkauman dan bencikan Islam itu menampakkan wajah sebenar rakan karib Umno itu. Ini memberi signal bahaya kepada umat Islam di negara ini jika BN terus diberi mandat memerintah kerana MCA turut mendapat kuasanya bersama Umno dalam BN. Sudah pasti kedudukan agama Islam di negara ini akan terancam sedikit masa lagi apabila presiden MCA itu terus memusuhi umat Islam.

Sekarang ini, tiada seorang pun dari kalangan veteran, pemuda, wanita, putera dan puteri Umno, NGO bias Umno termasuk Perkasa yang memberi respon terhadap kenyataan berbaur perkauman dan perasaan membenci kepada Islam dan umat Islam itu.

Semua diam membisu seolah-olah suka dan setuju dengan pemimpin MCA itu menghina umat Islam.

Tiada ulasan: