Sabtu, 16 April 2011

Tiada perayu undi di DUN Beting Maro

Jimadie Shah Othman

Suasana hari pengundian dalam pilihan raya negeri Sarawak, terutamanya di kawasan luar bandar amat berbeza dengan keadaan di semenanjung Malaysia.

NONETinjauan Malaysiakini di beberapa pusat pengundian di Pusa, dalam DUN Beting Maro, mendapati hampir tiada perayu undi daripada kesemua pihak yang bertanding - sama ada Pakatan Rakyat atau BN.

Manakala pondok panas juga hanya didirikan oleh Pakatan sahaja.
(Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini melarang pembinaan pondok panas).

Suasana juga tenang apabila pengundi dilihat terus berangkat pulang apabila selesai membuang undi.

Tiada jeritan, sorakan dan kata mengata seperti lazimnya yang berlaku di semenanjung.

Keadaan ini mungkin disebabkan hubungan kemasyarakatan yang erat antara satu sama lain.

Sementara banyak pusat mengundi ditutup awal, antaranya jam 11.30 pagi dan 3 petang.

Justeru, awal pagi kelihatan pengundi keluar awal berpusu-pusu bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Tiada ulasan: