KUALA LUMPUR : Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan akan menolak apa jua usul mahu menayangkan video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, di Parlimen.
Pandikar berkata penayangan video itu jelas melanggar peraturan mesyuarat berikutan dewan rakyat terikat pada etika- etika tertentu.
"Macamana saya boleh membenarkan tayangan video itu di Parlimen ? Ini melanggar peraturan mesyuarat," kata Pandikar.
Pandikar turut berkata, penayangan video itu bukan sahaja melanggar etika dewan tetapi melanggar hukum agama Islam.
"Bagi orang- orang Islam, itu adalah perkara yang haram, "Dalam dewan ini, kita dipandu oleh etika- etika tertentu," katanya.
Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyokong cadangan supaya rakaman video tersebut ditayangkan di Parlimen.
Bagaimanapun Nazri berkata perkara itu tertakluk kepada persetujuan speaker Parlimen kerana hanya beliau yang berkuasa untuk membuat keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan