KUALA LUMPUR: Dua rayuan dikemuka kerajaan negeri Kelantan hari ini berhubung kes samannya terhadap syarikat Petroliam Nasional Berhad , Petronas dalam isu tuntutan royalti minyak dan gas.
Permohonan dibuat kepada Mahkamah Rayauan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas.
Permohonan kedua mahu mahkamah mengeluarkan perintah supaya kes tuntutan royalti minyak itu dipindahkan semula daripada bahagian sivil ke bahagian dagang. Ianya merupakan perkembangan terbaru isu tersebut setakat ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd. Yusof pada 22 Mac lalu telah membenarkan permohonan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman tersebut.
Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan dan difailkan di bahagian dagang.
Bagaimanapun awal tahun ini, ia dipindahkan ke bahagian sivil.
Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Kelantan itu.
Perkara itu timbul sebagai pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya hari ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan