Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN)Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka rapuh.
Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi kenyalang itu.
Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera Pilihanraya PAS Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang kurang disenangi pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan sendiri.
Meramalkan senario terbaik buat Pakatan hanya dengan memenangi 17 kerusi, sementara umum sedang menyaksikan bahawa sambutan program-progam Pakatan adalah luar dugaan merupakan kenyataan yang menongkah arus. Tidak popular. Lebih tidak wajar dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat. Ada sebab mengapa penulis terpaksa berpada dengan sebutan tersebut.
Namun hari ini, penulis masih mampu mangangkat kepalanya. Berkebetulan hampir tepat ramalannya dengan pengumuman pada malam 16 April. BN memenangi 55 kerusi sementara pembangkang mendapat 16 kerusi, termasuk satu dari bebas selainnya Pakatan.
Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang keputusan PRN Sarawak semcam malas pulak untuk menambah lagi. Namun seperti biasa, penulis bukan sekadar terpaksa mengatakan sesuatu tetapi punya sesuatu untuk diperkatakan.
Andainya tidak diambil kesempatan ini, peluang untuk menyebutnya tepat dan jitu pada ketika dan waktu ia diambil perhatian pembaca akan sekali lagi terlucut.
Inilah maudhu’ sentral penulisan ini. Ia adalah beberapa pengamatan kritis penulis mengapa Pakatan gagal menyingkir Barisan Nasional dan khususnya Taib Mahmud dalam PRN Sarawak lalu. Kebobrokan perjalanan P/raya oleh SPR tidak akan disinggung termasuk salah laku membeli undi oleh BN.
Lebih penting adalah supaya ‘penegasan-keinsafan’ nanti bakal menjadi ‘ingatan sempadan’ agar kesilapan tidak diulangi dalam berdepan dengan cabaran PRU ke-13 akan datang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan