Sabtu, 16 April 2011

PKR Rampas Ba'kelalan- Azmin

TVS NEWS


BA'KELALAN : Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Sarawak Baru Bian dilaporkan berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri N 70 Ba'kelalan.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata dalam Twitternya bahawa "Insyaallah Keadilan menang satu lagi kerusi di Ba'kelalan".

Baru Bian dilaporkan kini memperolehi kelebihan 541 undi dengan satu lagi kotak dari Kampong Lellang yang mengandundi 100 pengundi belum dikira.

Baru Bian ditentang oleh Willie Liau dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SDPD-BN).

Penyandang sebelum itu ialah Balang Rining dari SDPD.

Tiada ulasan: