Sabtu, 16 April 2011

Pengawal Keselamatan Tidak Dibayar Gaji Pokok Skala Baru - MTUC

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Kebanyakan pengawal keselamatan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian tidak mengetahui skala gaji pokok terbaru mereka ditetapkan pada kadar RM550 sebulan dengan elaun tambahan sebanyak RM150.

Kajian Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendapati lebih 150,000 pengawal keselamatan di Semenanjung Malaysia tidak dibayar skala gaji meskipun kadar itu berkuatkuasa Februari lalu.

Skala gaji baru itu dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A dengan gaji pokok RM550 dan elaun RM150 yang meliputi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian.

Zon B memperuntukkan gaji pokok RM500 dan elaun RM100 merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat.

Untuk Zon C, gaji pokok ditetapkan pada RM450 dan elaun RM50 bagi Kedah, Kelantan dan Perlis.

Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata bagi menangani isu berkenaan pihaknya telah mencetak 50,000 salinan arahan mengenai perkara tersebut yang diedarkan ke semua cawangan MTUC.

Arahan itu juga ditampal ditempat- tempat tumpuan agar pengawal keselamatan tahu hak mereka dan menuntut gaji baru mereka daripadamajikan.

Jabatan Tenaga Kerja juga digesa meningkatkan usaha untuk menguatkuasakan pembayaran skala gaji terbaru itu.

Skala gaji baru antara RM500 hingga RM700 itu dipersetujui Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Tiada ulasan: