Isnin, 11 April 2011

Mari tengok kain rentang paling kelakar dalam pilihanraya Sarawak

PASPB



Ini bukti Taib tak rasuah :

4924290361 09a2144310 Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak

Kalaulah orang yang paling berkuasa di Sarawak ketika ini iaitu Tan Sri Taib Mahmud mahu bersara, realitinya mesti kena ada transaction of power disebabkan beliau telah berkuasa terlalu lama dan beliau tak pernah sekalipun pernah mencadangkan nama yang bakal menggantikan tempat beliau. Sayang betul dengan kedudukan yang beliau sandang selama ini…

4924290433 547e233063 Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak

Berapa tahun lagi mahu? Sudah 30 tahun berkuasa di sarawak. Tak cukup? 5 tahun? 10 tahun lagi? Untuk setakat hari ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum memutuskan apakah beliau akan mempertahankan kerusi negara itu dalam pemilihan pilihanraya Sarawak yang akan datang.

4924290103 4640769d6f Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak

Mana ada ketua menteri atau menteri besar yang mampu meneruskan tampuk pemerintahan lebih lama dari beliau yang sudahpun menjangkau tempoh selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981. Beliaulah Ketua Menteri yang paling lama berkuasa di Malaysia.

Tan Sri Taib Mahmud
adalah datang dari Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak tahun 1981 dan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sarawak. Lebih kurang macam Sammy Vellu jugakla…dia ini. Cakap nak berhenti, tetapi ada sahaja mukanya tak berganjak dari kerusi Ketua Menteri Sarawak. Paling akhir beliau pernah menyuarakan hasrat untuk berhenti menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun 2006. Biasalah cakap orang politik….

4924885450 09dfedabdd Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di SarawakDakwaan Taib Mahmud memiliki empayar perniagaan bernilai RM3 billion

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud tak lekang dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan:

  • Adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus sebanyak RM250 juta bersamaan US$80 juta…
  • Tiga pengadu itu – John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat ‘empayar’ perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai ‘lebih RM3 bilion’ berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org termasuklah termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan
  • Pembabitan keluarga Taib dalam konglomerat terbesar negeri itu – Cahaya Mata Sarawak.
  • Taib telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online.
  • Dan antara yang terkini adalah pendedahan Sarawak Post yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memperuntukkan RM1.8 Bilion kepada “orang yang tidak dikenali” pada tahun 2009.

4924885516 bd5f9f4ee2 Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak Dakwaan mengatakan ini merupakan salah satu rumahnya di luar negara

Dalam banyak-banyak kes di atas belum ada dengar lagi siasatan susulan ke atas Tan Sri Taib Mahmud lagi. Kebal betul beliau ye?

Kalau sebelum ini ada sahaja dakwaan ke atas, terus sahaja beliau mahu bertindak untuk menyamannya. Nasihat kami, saman sahaja wahai Tan Sri Taib Mahmud. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kami di sini rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sarawak sendiri nak lihat pengakhiran kes bagaimana jadinya? Yang mendakwa, pasti ada hujah tersendiri…

4924290491 f28c294013 Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak

Lagi aset yang dimiliki oleh Taib Mahmud dan keluarganya di Canada

Tiada ulasan: