Isnin, 25 April 2011

Kes liwat: Karpal gesa mahkamah dakwa Saiful kerana bohong


KUALA LUMPUR — Karpal Singh mahu Mohd Saiful Bukhari Azlan dikenakan tuduhan “berbohong” di mahkamah kononnya dia telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga tahun lalu.

Dalam hujah penggulungan, peguam utama Anwar itu berkata, Saiful bukan saksi berwibawa dan kes dibawa terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu perlu digugurkan dengan segera.

Menurut Karpal, terdapat terlalu banyak elemen tidak konsisten antara tuduhan ke atas Anwar dan keterangan diberikan oleh saksi utama itu dalam perbicaraan semasa.

Saiful juga merupakan pengadu dalam kes liwat kedua melibatkan Anwar.

Justeru, beliau menggesa mahkamah agar mengarahkan pendakwa membawa tuduhan terhadap Saiful di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan — mereka-reka bukti dengan tujuan mahu menyabitkan kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara.

Tiada ulasan: