Ahad, 17 April 2011

KEDI WANITA SINONIM DENGAN PELACURAN



Oleh : MUTALIB M.D

KEJAYAAN Jabatan Imigresen menahan 26 pendatang tanpa izin semasa mereka melaporkan diri bagi memulakan kerja sebagai kedi wanita di sebuah kelab golf terkemuka di Kulaijaya, Johor baru-baru ini bukanlah isu baru, malah sudah berlarutan sejak dua dekad lalu.

Hampir kesemua kelab golf di Malaysia, terutama di Sabah menggunakan khidmat kedi wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara mereka; terutama daripada Filipina, Indonesia dan China sejak sekian lama, namun didiamkan sahaja; sekalipun kebanyakan pemain golf terdiri daripada Jusa dan Ketua Jabatan Penguatkuasa, Imigresen dan polis.

Lebih menggelikan hati, kebanyakan mereka mendapat suaka daripada Jusa dan Ketua Jabatan Penguatkuasa kerana status mereka sebagai ‘Gundik’ dan ‘Teman Penghibur Di Kala Sunyi’ yang lebih kerap dipanggil ‘Kekasih Gelap’; sehinggalah ada pihak yang tidak berpuas hati, terutama Kedi tempatan melaporkan kegiatan tertua di dunia ini.

Isu hubungan akrab pendatang asing dan ‘sepupunya’ Jabatan Imigresen hanya terbongkar baru-baru ini setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan langkah bergayanya menangkap Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Timbalannya dan ‘Tim Pemungut’ dan mendakwa mereka di mahkamah; barulah Jabatan Imigresen mula menunjukkan minat untuk membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan pegawai turus dan kakitangan mereka.

Walaupun Kedi berkenaan ditangkap dalam ‘Ops Kutip’ dan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali kerana kesalahan tersebut; namun amat menghairankan kenapa majikan dan agen pekerjaan mereka terlepas daripada hukuman; terutama kelab golf yang menggaji mereka?

Di Sabah, Pegawai Imigresen, terutama di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan, Sipitang, Lahad Datu, Tawau, Keningau dan sebagainya masih mengutip ‘ufti’ daripada warga asing terutama ‘Kedi’ Wanita yang bukan sahaja menjadi ‘penyejuk di kala panas terik mentari’ malah lubuk pemuas nafsu mereka.

Tinjauan di Kelab Golf Tamoi, Lahad Datu dan Shan Sui, Tawau mendapati begitu ramai Kedi Wanita asing telah menjadikan kelab golf berkenaan sebagai ‘Syurga Seks’ kerana menjalankan kegiatan berkenaan secara terbuka; lobi melobi pelanggan semasa mengiringi pemain golf professional.

“Kami melayan semua termasuk pegawai kanan polis, Imigresen dan menteri. Pengurus tahu apa yang kami lakukan, tetapi inilah tarikan yang ada dan kelab kami menawarkan pakej lengkap daripada Golf 18 Lubang kepada ‘Hole in One’,” kata seorang kedi, Yanti Agus sambil tersenyum.

1 ulasan:

mack berkata...

betul tu...khalawat semalam siapa yang kena TKSU sudah tentu dia adalah orang yang terpilih dari kalangan JUSA juga kan....mereka ini munafiq rupanya cakap lain buat lain...