Ahad, 3 April 2011

DUN Sarawak: BN umum senarai calon petang ini

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Barisan Nasional (BN) yang bakal menampilkan lebih 15 muka baru pada pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan mengumumkan senarai calonnya di Kuching, petang ini.

Laporan media menyebut senarai penuh calon akan diumumkan sekitar pukul 4 petang oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada pilihan raya 2006, BN membariskan 18 muka baru. Penamaan calon diadakan Rabu ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berpuas hati dengan senarai calon BN yang dikemukakan kepadanya kelmarin.

“Saya sudah teliti dan berpuas hati dengan calon-calon yang dipilih,” kata beliau di Pulau Pinang semalam.

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan 16 April ini melibaatkan 71 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Semalam, Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) mengumumkan bahawa ia akan bertanding bagi 27 kerusi, dengan beberapa kawasan bertindih dengan PKR — satu lagi rakan komponen Pakatan Rakyat.

Mengumumkan perkara itu semalam, Presidennya Edwin Dundang turut membidas pendirian PKR berkaitan pengagihan kerusi.

Katanya, semakin jelas yang PKR tidak mahu mengadakan pakatan pilihan raya dengan Snap sama sekali.

Awalnya Snap menuntut 40 kerusi tetapi berdasarkan kenyataan kenyataan semalam 27 kerusi yang akan ditandingi Stephen Anak Sagir di Opar, Frankie Jurem Anak Nyombui (Tasik Biru), Richard @ Peter Margaret (Bengoh), Ateng Anak Jeros (Tarat), Anthony Anak Nais (Tebedu), Belayong Anak Jayang (Kedup), Dan Giang (Balai Ringin), Ivanhoe Anthony Anak Belon (Bukit Begunan); Semijie Anak Janting (Engkilili), Joe Anak Unggang (Layar), Dayrell Walter Entrie (Bukit Saban), Julin Anak Entamin (Kalaka), Liman Anak Sujang (Krian), Jamal Abdullah @ Tedong Anak Gunda (Pakan), Labang Anak Jamba (Meluan).

Dalam pada itu, Augustine Anak Liom @ August Liom akan diturunkan di Machan, Adang Anak Jirau (Kakus), Toh Heng San (Katibas), George Anak Lagong (Baleh), John Bampa (Belaga), Edwin Dundang Bugak (Marudi), Kebing Wan (Telang Usan), Lawrence Cosmas Sunang Anak Simpang (Batu Danau), Abang Othman Abang Hj Gom (Lingga), Ramli Malaka (Jepak), Thony Ak Badak (Bekenu) dan Johari Bujang (Lambir).

Pada 2006, Snap bertanding di 29 kerusi majoriti Dayak dan menang satu iaitu Engkilili.

Tiada ulasan: