Jumaat, 1 April 2011

Dua Individu Terlibat Skandal Pemasangan Kamera Litar Tertutup

TVS NEWS


SHAH ALAM : Dua individu dikesan terlibat dalam skandal pemasangan kamera video di Pejabat Menteri Besar Selangor tahun lalu.

Bagaimanapun menurut Khalid, tidak banyak hal yang diketahui kerana penyiasatan masih dijalankan dan laporan polis mengenainya sudah dibuat kerana ia berkaitan soal keselamatan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan pejabat beliau.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan hal itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Sobahan Kamal.

Beliau turut mendedahkan salah seorang individu yang didakwa terlibat bernama 'Faiz'.

"Kita bukan taknak guna konsep terbuka tapi kita mesti bijak.

"Proses dari siasatan kita 2 orang dan ade orang namanye Faiz. Keselamatan terlibat, mungkin ada polis, sebab itu kita 'suspek' kita buat siasatan sendiri dahulu," terang beliau.

Khalid turut menerangkan siasatan awal berjaya menjumpai asal kamera video tersebut namun tidak mahu mendedahkannya lebih lanjut.

"Kita tahu kamera dari Kulim Hi Tech Park.. video dijual ejen di Subang orang yang jual namanya Liew..," terang beliau kepada dewan menafikan tuduhan pembangkang beliau sengaja mengadakan cerita dan tidak telus dengan siasatan itu.

Hal itu menyebabkan Sobahan menyindir beliau menyatakan dengan mengatakan ADUN Ijok itu sensitif kerana apa yang ditanya beliau hanyalah status kes tersebut untuk 'kepentingan orang ramai'.

Khalid menafikan beliau sensitif dan membalas pertanyaan Sobahan kepadanya yang amat berlainan dengan soalan umum wakil Umno itu.

"Dia cakap macam tu dengan ayat baik sedangkan apa yang dia tulis lain..Dia tulis "Isu Kamera tertutup ini isu serius yang bermotif politik. Ia diletak di bilik Menteri Besar, siasatan polis perlu". Jadi kalau kita baca tulisan ini maksudnya lain," balas Khalid.

Tiada ulasan: