Selasa, 26 April 2011

DPPP Gesa Akhbar Berbahasa Melayu Henti Papar Berita 'Loya'
Ditulis oleh Ayie


SHAH ALAM : Akhbar berbahasa Melayu di negara ini digesa untuk berhenti daripada menyajikan masyarakat Melayu dengan berita-berita aib dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dalam satu kenyataan media berkata, akhbar berbahasa Melayu kebanyakannya dibaca oleh orang Melayu kelas rendah yang tinggal di kawasan pinggir bandar yang kebanyakannya tiada akses kepada kemudahan Internet.

Manakala akhbar berbahasa Inggeris dibaca oleh golongan pertengahan yang tinggal di kawasan bandar.

" Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi. Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu
sekarang.

" Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks,"jelasnya.

Semalam tiga akhbar berbahasa Melayu di negara memilih kisah"Lelaki Y" sebagai tajuk muka hadapan masing-masing.

"Lelaki Y" merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa Peguam Cara Negara II sebagai individu sama yang meliwat bekas pembantu
peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan walaupun hujah pihak pendakwaan penuh percanggahan.

" Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah
cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut?," soal Suhaizan.

Menurut Suhaizan lagi, di sebalik media-media berbahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil memaparkan berita-berita penuh informasi dan mendidik, media berbahasa

Melayu pula terus memaparkan kisah-kisah kurang segar namun berbaur kontroversi untuk santapan pembacanya.

" Tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita “Nasi lemak twice a week”. Akhbar The Star pula memaparkan berita “Deadly
illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”. Akhbar berbahasa Mandarin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa Tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

" (Manakala) Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”," tulisnya lagi.

Tiada ulasan: